Ayam Cili Padi pedas pembuka selera

Kali ni Che Nom nak share resepi masakan ayam iaitu Ayam Masak Cili Padi. Lauk ni tak susah nak memasaknya dan mesra dapur bujang. Yang penting kena pedas berapi baru mantap rasa nya. Mula-mula kita goreng dulu ayam dan juga kentang, seterusnya masak bahan goreng dengan tumisan cili padi. Hasil Ayam Masak Cili Padi ni sedikit berkuah yang masam-masam pedas rasanya. Makan dengan nasi putih panas sahaja dah cukup membuka selera. //Bahasa Melayu ------------------------- Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam 2 biji kentang Sedikit garam 1/2 sb serbuk kunyit 20-25 tangkai cili padi 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 batang serai 2 biji tomato 1 sb sos tiram 3-4 helai daun limau purut 1 biji bawang holland //English ------------------------- Ingredients: 1/2 whole chicken 2 potatoes A little bit of salt 1/2 tbsp tumeric powder 20-25 bird's eye chillies 1 red onion 6 cloves garlic 1 lemongrass 2 tomatoes 1 tbsp oyster sauce 3-4 kaffir lime leaves 1 yellow onion Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-... Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no... #resepichenom