Ziarah Masjid Malaysia Ep96- Masjid Al-Imam As Syafie, Kepala Batas, Pulau Pinang

As salam, selamat bertemu lagi di Masri Muhamad Channel dalam siri Ziarah Masjid Malaysia episod ke-96 kali ini. Semoga kehidupan kita berkati Allah SWT dunia dan akhirat. Dalam video kali ini saya paparkan pengalaman saya ziarah dan iktikaf disebuah Masjid yang terletak di pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Masjid ini baharu sahaja di rasmikan pada Januari 2026 yang lalu. Masjid yang dimaksudkan itu ialah Masjid Al-Imam As-Syafie Bandar Putra Bertam. Masjid ini dibina di lokasi yang begitu strategik yang mudah diakses oleh penduduk sekitar Bertam dan Kepala Batas. Kedudukannya di tengah kawasan perumahan menjadikannya pusat tumpuan utama bagi aktiviti keagamaan dan komuniti. Pembinaan masjid ini bermula pada 3 Januari 2024, dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 31 Disember 2025. Ia kemudiannya dirasmikan pada 9 Januari 2026 oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang. Dari sudut luaran, masjid ini menampilkan gabungan seni bina moden dan elemen Islamik yang klasik. Reka bentuknya menonjolkan keseimbangan antara estetika dan fungsi. Ada sebuah kubah utama di tengah-tengah bangunan yang menjadi fokus dan begitu menonjol sebagai simbol masjid. Manakala ada sebuah menara azan yang menjulang tinggi yang menjadi identiti visual masjid yang mudah dikenali dari jauh. Struktur bangunan yang kemas, penggunaan warna yang harmoni serta susunatur landskap yang teratur menjadikan masjid ini tampak tenang, moden dan mesra jemaah. Memasuki ruang dalaman pula, ada dewan solat utama yang direka dengan suasana yang luas, lapang dan menenangkan. Reka bentuk ruang yang terbuka tanpa adanya tiang-tiang ditengah dewan membolehkan masjid ini menampung ratusan hingga ribuan jemaah pada satu masa, terutamanya ketika solat Jumaat dan musim perayaan. Hiasan dalaman pula menampilkan sentuhan seni Islam seperti kaligrafi dan corak geometri yang halus. Pencahayaan semula jadi yang masuk melalui tingkap besar serta lampu gantung yang elegan mewujudkan suasana nyaman untuk beribadah. Lebih daripada sekadar tempat solat, Masjid Al-Imam As-Syafie ini juga dikatakan memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti dimana berlangsungnya pelbagai aktiviti seperti kelas pengajian agama, program pembangunan belia, kktiviti kebajikan dan kemasyarakatan serta majlis ilmu dan ceramah. Masjid Al-Imam As-Syafie ini bukan sekadar sebuah bangunan tempat beribadah tetapi sebuah institusi yang menghidupkan jiwa masyarakat. Sekiranya sahabat dan kawan-kawan berada di sekitar pekan Kepala Batas, Pulau Pinang bolehlah datang dan ziarah ke Masjid ini, sebuah Masjid yang moden, elegan dan menjadi mercu tanda yang ikonik di kawasan Bandar Putra Bertam ini. Jom iktikaf!!    • Ziarah Masjid Malaysia Ep96- Masjid Al-Ima...  

Malaysiaku Ep56 - Kuala Lumpur Antara Kota Paling Power Dunia!
▶︎

Malaysiaku Ep56 - Kuala Lumpur Antara Kota Paling Power Dunia!

Malaysiaku Ep62 - Sistem Pendidikan Tinggi Msia Terbaik di ASEAN
▶︎

Malaysiaku Ep62 - Sistem Pendidikan Tinggi Msia Terbaik di ASEAN

Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq | Kulim Hi-Tech    #masjid #mosque #kulim #kedah #musafir
▶︎

Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq | Kulim Hi-Tech #masjid #mosque #kulim #kedah #musafir

Malaysiaku Ep52 - Kenapa masih perlu import gas? Kan kita antara pemain utama industri LNG dunia!!
▶︎

Malaysiaku Ep52 - Kenapa masih perlu import gas? Kan kita antara pemain utama industri LNG dunia!!

CHOSEN ONE!! THEY'RE BEGGING HIM TO WARN YOU... BUT HE JUST GRINNED AND SAID "TOO LATE"
▶︎

CHOSEN ONE!! THEY'RE BEGGING HIM TO WARN YOU... BUT HE JUST GRINNED AND SAID "TOO LATE"

Ziarah Masjid Malaysia Ep94 - Masjid Al Falah, Kampung Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor
▶︎

Ziarah Masjid Malaysia Ep94 - Masjid Al Falah, Kampung Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor

صدمة العمر: مشيت نخدم في إسبانيا رجعت لقيت راجلي طلقني وتزوج ختي😱 قصص مغربية واقعية🔥
▶︎

صدمة العمر: مشيت نخدم في إسبانيا رجعت لقيت راجلي طلقني وتزوج ختي😱 قصص مغربية واقعية🔥

PRN N9 - APA NASIB PH & PMX? | UMNO YANG TIADA SETIAKAWAN -  MAT SABU
▶︎

PRN N9 - APA NASIB PH & PMX? | UMNO YANG TIADA SETIAKAWAN - MAT SABU

Surah Al-Baqarah (سورة البقره) | Powerful Quran Tilawat for Protection & Blessings | Alaa Aqel
▶︎

Surah Al-Baqarah (سورة البقره) | Powerful Quran Tilawat for Protection & Blessings | Alaa Aqel

He attacks viewers live and harasses women I Rezo reacts
▶︎

He attacks viewers live and harasses women I Rezo reacts

Malaysiaku Ep57 - Malaysia Antara Negara Paling Aman di Dunia
▶︎

Malaysiaku Ep57 - Malaysia Antara Negara Paling Aman di Dunia

Ziarah Masjid Malaysia - Ep93 Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang
▶︎

Ziarah Masjid Malaysia - Ep93 Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang

Malaysiaku Ep53 - Amerika Syarikat Contohi Msia keluar kereta kompak
▶︎

Malaysiaku Ep53 - Amerika Syarikat Contohi Msia keluar kereta kompak

Important video Farman Mubarak of Mawlana Shah Karim (A.S) in His Voice | મૌલાના શાહ કરીમ નો ફરમાન
▶︎

Important video Farman Mubarak of Mawlana Shah Karim (A.S) in His Voice | મૌલાના શાહ કરીમ નો ફરમાન

🚨La FIFA intentó HUMILLAR a México…😭 pero el mundo entero se puso LA VERDE
▶︎

🚨La FIFA intentó HUMILLAR a México…😭 pero el mundo entero se puso LA VERDE

Friday In Thailand Most Muslim City Looks Like This
▶︎

Friday In Thailand Most Muslim City Looks Like This

Malaysiaku Ep51 - Menara Merdeka 118 Pencakar Langit Terbaik Dunia
▶︎

Malaysiaku Ep51 - Menara Merdeka 118 Pencakar Langit Terbaik Dunia

🔴 Before You Leave, God Wants To Reveal Something That Could Change Your Life Forever Today
▶︎

🔴 Before You Leave, God Wants To Reveal Something That Could Change Your Life Forever Today

We Relocated the Handwheel on Our MONSTER Lathe | Megabore Lathe Setup
▶︎

We Relocated the Handwheel on Our MONSTER Lathe | Megabore Lathe Setup

AKHIRNYA PEMERINTAHAN ANWAR BERAKHIR HARI INI?
▶︎

AKHIRNYA PEMERINTAHAN ANWAR BERAKHIR HARI INI?