Malaysiaku Ep57 - Malaysia Antara Negara Paling Aman di Dunia
As salam, berjumpa lagi di Masri Muhamad Channel dalam siri Malaysiaku episod yang ke-57 kali ini. Pada tahun 2025, negara kita Malaysia telah mencatat satu pencapaian yang sangat membanggakan. Malaysia disenaraikan sebagai negara ke-13 paling aman di dunia, dan ke-3 paling aman di Asia, menurut Global Peace Index 2025. Global Peace Index atau GPI ialah satu indeks antarabangsa yang diterbitkan oleh The Institute for Economics & Peace. Ia menilai tahap keamanan 163 buah negara di seluruh dunia. Kejayaan ini bermakna Malaysia berada dalam kelompok negara “sangat aman” di peringkat global. Dalam ASEAN, Malaysia hanya berada di belakang Singapura dan kita mengatasi negara-negara besar seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Ini adalah satu pencapaian yang konsisten, kerana Malaysia telah berada dalam kelompok teratas GPI selama bertahun-tahun. Ada tiga faktor penyumbang utama kepada keamanan negara. Pertama impak ekonomi yang positif. Negara yang mantap ekonominya akan lebih aman berbanding dengan negara yang ekonominya lemah. Dalam tahun 2024, Malaysia berada ditangga ke-10 dari segi kestabilan ekonomi. Dalam situasi ekonomi stabil, kita akan lihat perniagaan berkembang, pelancongan meningkat, pelaburan asing mencurah-curah dan Pendidikan dan Kesihatan berjalan baik. Kedua, politik yang stabil. Negara yang tidak stabil dari segi politik biasanya tidak aman. Malaysia muncul ditangga teratas dalam Indeks Demokrasi di kalangan negara Asea. Ini bermakna proses demokrasi berjalan lancar di Malaysia melalui proses pilihanraya dan kebebasan untuk terlibat dalam politik. Okeh itu, tidak banyak berlaku konflik dalaman dan antarabangsa yang menggugat keamanan negara. Ketiga ialah kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat yang baik merupakan asas penting kepada keamanan dan kestabilan sesebuah negara. Apabila keperluan asas rakyat dipenuhi, peluang ekonomi terbuka luas, serta wujud keadilan sosial, rakyat cenderung untuk hidup harmoni dan aman. Kualiti hidup yang baik ini membantu mengurangkan jurang ketidakpuasan rakyat dan seterusnya menyokong keamanan sosial. Walaupun wujud cabaran seperti kos sara hidup dan isu ketidaksamaan, sistem sokongan sosial dan tadbir urus yang relatif stabil menghalang konflik besar. Keamanan memberi kita ketenangan, keselamatan dan masa depan yang lebih terjamin. Jika keamanan ini terus dipelihara, Malaysia akan negara yang lebih baik untuk generasi akan datang. Selamat menonton!! • Malaysiaku Ep57 - Malaysia Antara Negara P...

Malaysiaku Ep58 - Malaysia Pintas Indonesia Jualan Kereta Asean 2025

Malaysiaku Ep56 - Kuala Lumpur Antara Kota Paling Power Dunia!

Ziarah Masjid Malaysia - Ep93 Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang

Malaysiaku Ep54 - Msia Peneraju Teknologi Biometrik Dunia

Keterdesakan Umno BN Khianati Mandat Rakyat

I Visited 7 Asian Countries... Only Malaysia Left Me Speechless

Indonesia Built a $35 Billion Capital 😳 So Why Are the Wealthy Looking Across the Border?

Lets Get It Podcast #141 Malaysia Introduced Me to Racism Ft. Shamsul Saad (Sam)

KWAP DIPERDAYA RUGI RM 200 JUTA OLEH eFISHERY?

Dr. Rushdi (1970) | Skandal, Curang & Misteri: Filem P. Ramlee Yang Ramai Tak Pernah Tonton

Kenapa Malaysia Perlu Aktif hentikan Perang di Iran?

Malaysiaku Ep51 - Menara Merdeka 118 Pencakar Langit Terbaik Dunia

Malaysiaku Ep52 - Kenapa masih perlu import gas? Kan kita antara pemain utama industri LNG dunia!!

PRN N9 - APA NASIB PH & PMX? | UMNO YANG TIADA SETIAKAWAN - MAT SABU

Trump Shocked as Malaysia Becomes the World’s Most Visited Country in

Ziarah Masjid Malaysia Ep94 - Masjid Al Falah, Kampung Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor

Taktik US lagakan Saudi-Iran-Turki tidak lagi menjadi : Bersama ZRA Strim

Malaysiaku Ep60. Masjid di Kuala Lumpur Tumpuan Pelancong Dunia

Malaysiaku Ep53 - Amerika Syarikat Contohi Msia keluar kereta kompak

