Malaysiaku Ep62 - Sistem Pendidikan Tinggi Msia Terbaik di ASEAN
As salam, bertemu lagi di Masri Muhamad Channel dalam siri Malaysiaku episod ke-62 kali ini. Dalam video kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan status dan pencapaian pendidikan tinggi di Malaysia. Pendidikan tinggi di Malaysia ditakrifkan sebagai fasa pendidikan formal tertinggi di peringkat pasca-menengah (selepas Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia). Ia merangkumi program pengajian akademik, teknikal, dan vokasional yang ditawarkan di pelbagai institusi dengan matlamat melahirkan tenaga kerja mahir, profesional, dan pemikir yang berdaya saing di peringkat global. Dalam satu penarafan terbaru Global Education Index 2025 yang dikeluarkan oleh Insider Monkey, menunjukkan pencapaian yang membanggakan iaitu terbaik dikalangan negara ASEAN dan ke-14 terbaik dunia. Antara indicator digunakan ialah pencapaian terbaik university Malaysia dalam QS World University Rankings dan juga hab pendididikan serantau. Dalam tahun 2025, Pendidikan Tinggi Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pendidikan utama dengan kemasukan hampir 200,000 pelajar antarabangsa dan pengiktirafan cemerlang di peringkat global. Status serta pencapaian sektor ini melonjak melalui QS World University Rankings, pembudayaan pendidikan Transnasional (TNE), dan peranan utama negara dalam agenda serantau. Berikut adalah butiran status dan pencapaian pendidikan tinggi Malaysia: 1. Pencapaian Kedudukan Universiti Global Pendidikan tinggi negara mencatatkan lonjakan yang mengagumkan, disokong oleh pelbagai institusi yang tersenarai dalam kelompok terbaik dunia:Universiti Malaya (UM): Kekal sebagai institusi nombor satu negara, berada di tangga ke-58 dalam kedudukan global dan tersenarai dalam kelompok elit 100 teratas dunia. 2. Prestasi Subjek QS: Malaysia mendominasi Asia Tenggara sebagai negara yang paling banyak diwakili dalam QS World University Rankings by Subject. Dua institusi tempatan berjaya menembusi kelompok 20 terbaik dunia iaitu Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di tangga ke-16 bagi Kejuruteraan Petroleum dan Taylor's University di kedudukan ke-20 bagi Pengurusan Hospitaliti & Rancangan Riadah. 3. Lonjakan Institusi Swasta: Sunway University turut dinobatkan sebagai pendaki terpantas (biggest climber) di dunia dalam penarafan universiti. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memainkan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing. • Malaysiaku Ep62 - Sistem Pendidikan Tinggi...

Malaysiaku Ep63 - Pengurusan Haji Terbaik Dunia!

Malaysiaku Ep56 - Kuala Lumpur Antara Kota Paling Power Dunia!

Frankreich – England Highlights | Spiel um Platz 3, FIFA WM 2026 | sportstudio

Ziarah Masjid Malaysia - Ep93 Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang

صدمة العمر: مشيت نخدم في إسبانيا رجعت لقيت راجلي طلقني وتزوج ختي😱 قصص مغربية واقعية🔥

ECRL Kuantan Port City Depot: Hab Logistik Rel Paling Moden di Malaysia | Projek Mega ECRL 2026

Studio Sembang - Sembang Sekejap ft. Khairy Jamaluddin

Punyalah Aku Baca, Rupanya Ini Je Punca Rohingya Kena Tibai Di Myanmar

The Best German University Type for Your Career

He attacks viewers live and harasses women I Rezo reacts

EP 20 | Sembang Dalam Kereta KJ & Amelia Henderson 🎙️🌟

Kremlin Insiders Are SUDDENLY Fleeing Russia

Timelapse - Catching Fresh Fish & Cooking Over Campfire | Solo Bushcraft

Malaysiaku Ep51 - Menara Merdeka 118 Pencakar Langit Terbaik Dunia

VOCCAST S4 EP6 l Dr Hanzalah Mizi Kongsi Tips Urus Duit, Ubah 'Mindset' Supaya Poket Selamat

Ziarah Masjid Malaysia Ep94 - Masjid Al Falah, Kampung Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor

Frankreich - England, Highlights mit Livekommentar | FIFA WM 2026 | MAGENTA TV

Peluang Untuk Siapa... Tempatan atau Antarabangsa?

What are some of the key issues facing Australia? - World Questions podcast, BBC World Service

