Malaysiaku Ep51 - Menara Merdeka 118 Pencakar Langit Terbaik Dunia
As salam, selamat kembali di Masri Muhamad Channel dalam siri Malaysiaku episod ke-51 kali ini. Di dalam video kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan keistimewaan dan pencapaian yang terkait dengan bangunan pencakar langit kita iaitu Menara Merdeka 118. Terletak di lokasi yang strategik dengan akses mudah ke rangkaian jalan utama di Kuala Lumpur, Merdeka 118 berdiri megah sebagai pencakar langit kedua tertinggi didunia sekarang ini pada ketinggian 678.9m. Nombor 118 itu melambangkan jumlah tingkat yang ada di menara tersebut. Dengan 118 tingkat, ia adalah bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat. Baru-baru ini menara Merdeka 118 ini telah diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas) oleh Council on Vertical Urbanism (CVU) pada Majlis Anugerah CVU 2025 di Toronto, Kanada. Pencapaian ini berasaskan tiga ciri utama iaitu rekabentuk senibina yang cemerlang, inovasi kejuruteraan yang menonjol dan komitmen tinggi terhadap kelestarian. Rekanya bentuk yang unik, yang diinspirasikan daripada songket Melayu dan laungan "Merdeka!" Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1957, melambangkan semangat kemerdekaan dan kejayaan Malaysia. Bangunan ini dibangunkan secara bersepadu yang merangkumi pelbagai komponen penting seperti ruang pejabat, hotel, Shopping Mall, Stadium Merdeka, masjid dan sebuah muzium tekstil. Merdeka 118 adalah bangunan pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh tiga akreditasi bangunan hijau platinum tempatan dan antarabangsa, iaitu GBI, GreenRE dan LEED yang melambangkan komitmen tinggi terhadap kelestarian. Terdapat satu aras pemerhatian (observation deck) yang tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian lebih 500 meter, menawarkan pemandangan panoramik bandar raya Kuala Lumpur yang cantik. Satu lagi ciri tersendiri Merdeka 118 adalah lif tinggi yang akan menawarkan pengalaman yang amat unik. Lif diperbuat daripada kaca dan keluli, pengunjung akan dapat melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur sepanjang lif itu naik dan turun. Keistimewaan-keistimewaan ini menjadikan Merdeka 118 sebagai sebuah pencakar langit yang bukan sahaja megah dari segi fizikal, tetapi juga sarat dengan makna sejarah dan fungsi moden, menjadi simbol kebanggaan Malaysia di persada dunia. Tahniah Malaysia! • Malaysiaku Ep51 - Menara Merdeka 118 Penca...

Malaysiaku Ep52 - Kenapa masih perlu import gas? Kan kita antara pemain utama industri LNG dunia!!

Malaysiaku Ep56 - Kuala Lumpur Antara Kota Paling Power Dunia!

🔴 Before You Leave, God Wants To Reveal Something That Could Change Your Life Forever Today

Paling Cantik 😍 Berjalan Dalam Paling Tinggi Merdeka Tower 118 Kuala Lumpur ❤️🇲🇾

ECRL Operations Control Centre (OCC) | Pusat Kawalan Operasi Rel Paling Canggih di Malaysia

🚨La FIFA intentó HUMILLAR a México…😭 pero el mundo entero se puso LA VERDE

Building the World’s Second Tallest Skyscraper

Extremely RICH Malaysian People Who Live Like They Are POOR

This Place Doesn’t Feel Like Malaysia At All!

Malaysiaku Ep59 - ECRL Msia Pesaing Jambatan Darat Thailand

Malaysia Airlines' Billion Dollar Fleet That Is Impossible To Fly

Malaysiaku Ep64 - Malaysia Jamin Bekalan Tenaga Jangka Panjang

🚨 Something HUGE Is About to Happen at KLCC! 😱🇲🇾 | Is Ombak KLCC Opening Soon? | Walking Tour 2026

Malaysiaku Ep53 - Amerika Syarikat Contohi Msia keluar kereta kompak

How Astro Destroyed Itself And Lost Millions of Viewers

Malaysiaku Ep60. Masjid di Kuala Lumpur Tumpuan Pelancong Dunia

He attacks viewers live and harasses women I Rezo reacts

CABARAN DAN DETIK CEMAS KETIKA PEMBINAAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)

Visiting the city with the largest Chinese population in Malaysia, 800,000 people speak Mandarin.

