🔴 MERUNGKAI KEBENARAN HIKAYAT HANG JEBAT | MELAKA
Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa tiga hari tiga malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali ke rumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain Cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk, membunuh sesiapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah. Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Dilanggar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat. Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan menjadikan dia disanjung oleh sesetengah golongan sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!" menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. ___________________________ ✅ Biografi: Nazri Salleh dan pn.Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam. Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan. ____________________________ ✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita. Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan. _________________________ 🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut: https://t.me/InformasiEMM_bot __________________________ ✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik: https://t.me/ExplorasiMisteriMistik #ExplorasiMisteriMistik #MakamHangJebat

🔴 KEBENARAN MAKAM LAKSAMANA HANG TUAH | MELAKA

Hang Jebat (1961) Full Movie

Episod 10 : Cerita, Mitos & Lagenda di Gunung Jerai

Kerajaan Madani MEMALUKAN Institusi DiRaja?

Makam Hang Tuah

Penemuan Rangka Kapal Kesultanan Melayu Melaka

Afdlin Shauki Misteri 5 Bomoh! Kepercayaan Mistik Masyarakat Tempatan - Sembang Seram

Lelaki Dakwa Pernah Berbicara Dengan Hang Tuah

🔥🔥SUSUK TUBUH DI PUSARA SI BONGKOK | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

Tunku Nadzaruddin Yamtuan Besar NS, Undang berang dihalang masuk, Tuanku Muhriz kekal |SEKILAS FAKTA

Melayu Bangsa Pengkhianat? - Dr Mat Rofa

🔴 MENYINGKAP HIKAYAT TUN TEJA | MELAKA

BERTEMU HANG TUAH DI Alam Ghaib 👳 | Menyingkap Rahsia Pahlawan Melayu

TERKINI? Dua Raja Di Negri Sembilan? Siapa Memerintah? | THE ZAID IBRAHIM PODCAST

TERSEMBUNYI PETI HARTA DI DALAM " PULAU NANGKA " apabila menjumpai sesuatu Belom pasti ia milik kita

Pendekar Bujang Lapok 1959 { FULL MOVIE } Versi Hitam Putih - P. Ramlee

Silat Hang Tuah | Hapus persepsi buruk terhadap silat | Jenis GAYONG ft Panglima Aduka

Penemuan lokasi sebenar Makam Dang Anum akhirnya terbongkar!

"TERUS SOMBONG & ANGKUH, BN JOHOR AKAN BUNGKUS" ! LOKMAN AMARAN ONN ?

