🔥🔥SUSUK TUBUH DI PUSARA SI BONGKOK | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥
Kali ini team Explorasi Misteri Mistik explorasi ke Pusara Si Bongkok, Tanjung Puteri di Kota Tinggi, Johor. Kisah sejarah yang sudah dilupakan atau yang tidak diketahui oleh generasi sekarang. Memahami sejarah mampu memberikan pengajaran dan semangat dalam membentuk kehidupan yang lebih baik. ___________________________ 🔴Sejarah Ringkas Si Bongkok🔴 "Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor. Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British. Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman. Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British. Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali. Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan. Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam. Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok." ____________________________ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi makam ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita. Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan. _________________________ ✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik: https://t.me/ExplorasiMisteriMistik #ExplorasiMisteriMistik #KotaTinggi #CeritaSejarahMelayu

🔥🔥DALANG TAMAK KUASA DI KOTA SELUYUT | KISAH TEPOK & DENGKES🔥🔥

Rahsia Makam Batu Megalitik Kuala Pilah

GANGGUAN DI HOTEL BERHANTU | Research Project

🔥🔥MISTERI PERSOALAN DI KOTA JOHOR LAMA | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

Misteri Gunung Senyum Pahang - PART 2 | Makam Toklong | Wangian Sufi | Suara Bunian

Vídeo Completo: 180 Dias de uma Jovem Mecânica Genial Restaurando Ônibus Hyundai Abandonados 🛠️🛠️

Misteri Orang Hilang Di Hutan, Pengalaman Hilang Di Laut - Ustaz Muhammad Al Amin

TIDAK DI SANGKA Dalam Sungai Yang Tenang RUPA - RUPANYA TERSEMBUNYI RAHSIA YANG luar BIASA

EP 4 | Nanti MB N9 Angkat Sumpah Dengan Siapa? Kisah di sebalik pemecatan Undang.

Faridzuan (Perawat Susuk) Terkejut Masih Ramai Yang Amalkan Ilmu Susuk! - Sembang Seram (Edisi Khas)

24 Jam Backpacking di Kampung Sunda Tanpa Elektrik! – Kampung Naga | Travelog Indonesia

🔥🔥KEJUTAN DI MAKAM KOTA PANCHOR | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

AWAK JANGAN TERKEJUT KALAU JUMPA MACAM AWAK JUGA! | CIKGU MAD

MAKAM HANG TUAH DI INDONESIA? bukan di Malaysia??

Jumpa Wali, Jin David Copperfield ?, Penjara Jin - Ustaz Muhammad Al Amin

Sisi Gelap Negara Di Dunia - Kompilasi

DENGKIS Muncul Di hadapan Kami! Misteri KOTA SELUYUT " seorang yang bertanjak Mengucap Terima kasih.

BONGKAR TH! AKMAL CABAR PMX! DS ANWAR BERIKAN SEDIKIT BAYANGAN SIAPA PENYAKAU TH & FELDA!

Puteri Gunung Ledang : Perspektif Psikologi Sosiobudaya, IPM, UPSI (TV Al-Hijrah)

