Penemuan lokasi sebenar Makam Dang Anum akhirnya terbongkar!
Explorasi Misteri Mistik kali ini ke Bandar Kota Tinggi, Johor dimana lokasi tragedi sejarah kisah Laksamana Bentan menikam Sultan Mahmood Shah II ketika di julang kerana dendam isterinya Dang Anum dibunuh dek kerana seulas nangka. Saya dan Pn.Ita akan buat pembongkaran makam siapa di sisi makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, dimana makam sebenar Dang Anum dan dimana tapak tragedi Sultan Mahmood Mangkat di julang. Dengarkan juga bunyi pintu dihempas setiap kali pembongkaran dan cerita di sampaikan. Tiada angin kerana ketika itu cuaca terik dan kering. Benarkah Sultan Mahmood ingin ke masjid ketika ditikam? Jawapan ada pada video ini. Saksikan rakaman video ini sehingga ke akhirnya. ___________________________ KOTA DAN MAKAM LAKSAMANA Dipercayai bahawa di sinilah disemadikan Laksamana Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Malayu yang terbilang dan isterinya Dang Anum pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah II yang memerintah jajahan takluk Johor (TM 1685-1699). Laksamana Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan sultan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau menpertahankan negeri dari serangan musuh, tanpa usul periksa kerana memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja. Namun demikian Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama dan bersumpah, "Orang-orang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi, selama tujuh keturunan." Peristiwa ini terkenal dengan "Sultan Mahmud mangkat dijulang." Susunan batu bata bersaiz besar yang digunakan untuk membina tembok makam ini dipercayai sebuah kota pertahanan pada zaman kesultanan Melayu silam. Kedudukannya di atas tebing tinggi Sungai Johor ini sangat sesuai digunakan sebagai tempat beristirehaf dan meninjau kedatangan musuh. Kerja-kerja pemuliharaan kota dan makam ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1996. ____________________________ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita. Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan. __________________________ 👍🏻Like 📲Share 🔔Subscribe 💬Comment ❤️ Super Thanks #ExplorasiMisteriMistik #SejarahJohor #MakamDangAnum

🔴 MENEMUI MAKAM SULTAN MEGAT ISKANDAR SHAH | SULTAN MELAKA KEDUA

🔥🔥DALANG TAMAK KUASA DI KOTA SELUYUT | KISAH TEPOK & DENGKES🔥🔥

BERTEMU HANG TUAH DI Alam Ghaib 👳 | Menyingkap Rahsia Pahlawan Melayu

EDISI PENUH - BINTANG FILEM & PENYANYI ZAMAN HITAM PUTIH YANG MASIH ADA

Makam Hang Tuah

Penemuan Rangka Kapal Kesultanan Melayu Melaka

Chegubard TERBARU DEDAH Isu Sebenar Yang Cuba Disembunyikan Kerajaan Madani?

Waris Ke 9 Keris Laksamana Bentan

Misteri Terowong Angker: "Sesuatu" Tertangkap Kamera & Sensor Menyala! | SM Ep. 54

Dang ANOM Full Movie

🔴 SEJARAH KAMPUNG RANTAU PANJANG TERKAIT KISAH BUAYA PUTIH | JOHOR

🔴 KEBENARAN MAKAM LAKSAMANA HANG TUAH | MELAKA

MISTERI CREW KAPAL | 7 LUBANG GUNUNG LEDANG

Jelajah Bukit Brown: Jumpa Kereta Misteri Dalam Hutan… Ada ‘Benda’ Ikut?! 😳

🔥🔥SUSUK TUBUH DI PUSARA SI BONGKOK | EXPLORASI MISTERI MISTIK🔥🔥

EPS 15 | "Saya hampir gila dan Melayu yang selamatkan saya " - John Bear

CEO lumpuh dipaksa nikah gadis desa, tak duga ia Dokter Ajaib menyembuhkan kakinya dan dimanjakannya

🔴 RAJA KECIK PUTERA SULTAN MAHMUD SHAH? | JOHOR

TERBONGKAR Perkuburan Rahsia Abad Ke - 18 Ditemui Selepas Lebih 100 Tahun | NGEE HENG

