Garenti tak menyesal. Teknik ni buat penjual benih durian pening kepala
CANTUMAN MATA TUNAS DURIAN (Durio zibethinus) Langkah kawin mata tunas atau teknik cantuman samada di dalam polibag dan juga di lapangan 1. Kelar melintang 1/3 lilitan batang anak pokok penanti. Kopek kulit keluar daripada batang bermula dari kelaran lintang menghala kebawah menggunakan pisau cantuman. 2. Pilih mata tunas dari pokok induk durian terpilih mengikut keperluan anak benih yang hendak dihasilkan. Pastikan ambil scion dari pokok yang sihat dan mencukupi bilangannya. Kelar memanjang mata tunas memanjang kiri kekanan untuk mendapatkan matatunas (scion). 3. Mata tunas yang akan kelihatan dari disebelah dalam kulit mata tunas. Pastikan mata tunas tudak cacat atau tertinggal pada kayu ranting apabila lapisan kayu dikeluarkan dari mata tunas. Potong bahagian hujong mata tunas agar rata. 4. Letakkan mata tunas durian kepada bahagian tingkap pada pokok penanti dari langkah (1). Potong bahagian kulit tetingkap pokok penanti sedikit kebawah dari mata tunas. 5. Apabila kedudukan mata tunas sudah 'ngam' diletak pada tingkap, maka kita perlu balut dengan menggunakan pita cantuman dengan kemas. Balutan dimulakan daripada bahagian bawah ke atas dimana ini mengelakkan air mesuk jika dibalut terbalik ketika siraman dijalankan. 6. Pastikan pita cantuman tidak menutup mata tunas kerana kita mahu tunas durian tumbuh keluar kelak. Matikan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm. 7. Pita cantuman akan dibuka selepas 3-4 mingga didalam nurseri. Kalau kita dapati kulit scion menjadi hijau menunjukkan ia berjaya dan sebaliknya. Potong batang pokok penanti anggaran 15 cm dari paras cantuman selepas 7 hari. Ini akan mengurangkan pertumbuhan pucuk pada pokok penanti sebaliknya menggalakan tunas baru tumbuh pada mata tunas cantuman. 8. Pemerhatian saya di Stesyen Pertanian yang mengeluarkan beribu-ribu anak pokok durian cantuman mata tunas durian mendapati selepas 8 - 10 bulan proses cantuman, anak pokok tersebut sedia untuk ditanam diladang. Pada masa ini terdapat antara 10 -12 helai daun dengan ketinggian lebih dari 30 cm. Diantara kelebihan teknik cantuman mata tunas adalah kerana cara ini dapat menghasilkan varieti atau klon durian yang mempunyai maklumat genetik yang sama seperti pokok induk (true- to - type seedlings). Ini berbeza dengan jika tanam terus dari biji durian yang diambil dari buah kerana bunga durian adalah heterozygous dimana biji yang ditanam tidak menyerupai induk akibat pendebungaan bersilang (cross pollination) dari beberapa varieti berlainan. Kaedah ini mampu menghasilkan anak benih klon yang berkualiti dengan cepat, kuantiti yang banyak dan mudah diuruskan dalam nurseri. Pengurusan tanaman didalam nurseri juga agak mudah kerana keseragaman pertumbuhan dan baka yang digunakan. Kini banyak nurseri swasta telah mengkomersilkan aktiviti mencantum anak benih durian varieti terpilih seperti Varieti Raja Kunyit / Musang King (D197), Varieti Bukit Merah (D24) dan banyak lagi varieti pilihan ramai. Kredit: M Anem Pusat Pertanian Serdang, Selangor, Malaysia. (26 Muharram 1434H) #durian #musangking #cantumanpenanti #lapangan #kawin #blacktorn #durihitam

$5 Musang King: Durian Price War in Singapore 2023

Nur 25 Gäste pro Tag: Heimlich im Reich des unbekannten Diktators

Tutorial penuh cantuman durian duri hitam di lapangan

Cara buat cantuman kaki ganda dilapangan/kebun.

Teknik Pruning 4 Jenis Durian - Rahsia Pokok Cepat Besar & Berbuah

Teknik tepat untuk paksa durian berbunga

🟡Pruning Durian Premium!!️#Musang King #Bawor #Montong🌳

Cara mudah kawin durian, cantuman durian penanti di lapangan. 100% berjaya

TEKNOLOGI CANTUMAN DURIAN DI LADANG 榴莲嫁接技术Grafting Technology in Field

Buah murah hari ni. Jualan terus dalam kebun.

S45: Cantuman sisip pokok durian di ladang

Teknik tepat pemangkasan pemilihan dahan produktif durian musang king 5 tahun.

Kepentingan kalsium boron kepada pokok durian

||CARA CANTUMAN POKOK DURIAN BENIH BAIK DGN BIJI DURIAN KAMPUNG || Berbuah Dalam Tempoh 4-5 Tahun !

Cara mudah buat kaki ganda durian.. pokok subur dan cepat membesar.

How to Choose Durian and Spot Fake MSW ! Mao Shan Wang / Musang King / 猫山王!

Cara Kahwinkan Pokok Durian, Teknik Sanding Tusuk, Tak Perlu Tunggu 8-10 Tahun Berbuah!

Watch how to grow a massive grapevine without spending a dime

Pokok pulih dan berbuah selepas rawatan kanser batang dan buruk akar .

