Teknik Pruning 4 Jenis Durian - Rahsia Pokok Cepat Besar & Berbuah
Video ini menunukkan cara-cara pruning / pemangkasan 4 jenis varieti durian iaitu Udang Merah (D175), Telur Buaya, Monthong (D159) & Musang King (D197). Pemangkasan (pruning) pohon durian sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan penanam & pekebun durian. Dalam video ini saya kongsikan teknik saya memangkas pokok durian. Ia sangat mudah, berkesan dan mantap. Pohon durian yang dipangkas dengan baik & betul akan kuat, besar, rendang dan cepat berbuah. Insyaallah. Semua pokok ini sudah setahun tidak dibuat pemangkasan atau pruning. Pemangkasan / pruning pertama dilakukan hampir setahun yang lepas ketika peringkat awal Tok Alang Channel bersiaran. Disebabkan terlalu lama tidak di pruning maka banyak dahan yang perlu dibuang. Video ini menunjukkan proses pemangkasan yang seharusnya dilakukan kepada pokok-pokok durian supaya subur, cepat besar dan cepat berbuah. Berikut adalah bacaan tentang pemangkasan yang dipetik daripada FB Monthong Thani: Pemangkasan sangat penting utk pokok durian. Perlu dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang. Di Thailand, pokok durian dibuat pemangkasan untuk mencapai tinggi maksimum sekitar 7 meter utk semua pokok. Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat. Tujuan utama pemangkasan ialah: 1. Membentuk dan mengawal pembentukan pokok. Dengan Membentuk batang & dahan utama. 2. Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati. 3. Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok. 4. Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik. 5. Mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai. 6. Membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi. 7. Membentuk cabang-cabang pokoka seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal. 8. Mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif. 9. Mudah pengurusan rawatan pokok dari penyakit. 10. Penggunaan baja yg optimum utk pokok. 11. Mudahkan pengurusan hasil. Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah: • ALL ABOUT DURIANS Maklumat asas: Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian: 1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn 2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong 3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit 4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay 5 - D159 - Monthong, Bantal Mas 6 - D101 - Bangkok T16 7 - D99 - Kop Kecil 8 - MDUR 88 (D190) 9 - D24 - Sultan 10 - D145 - Beserah 11 - Telur Buaya - Puangmanee 12 - D214 - Tupai King, Tupai 226 13 - Tekka Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹

Apabila ‘Tangan' Terlalu Panjang, Ini Tindakan Yang Harus Diambil Kepada Pokok Durian...

Cabang Durian ‘KURANG AJAR’ - Tindakan Ini WAJIB diambil sebelum terlambat!

Teknik tepat untuk paksa durian berbunga

Cara Pruning Durian 3.5 Tahun - Cepat Berbuah

Teknologi Pemangkasan修剪枝干技术Pruning Technology

Limau kasturi berbuah besar dan lebat - Kitosan Plus..!!!!

Massive Pigeon Harvest | Overloaded Truck Transports Thousands Of Pigeons To Sell

Pruning durian 1 tahun.. cara dan kaedah yang betul.?

Teknik tanaman busut | Hanani Agro Farm

Pruning Sulur Air Perkara Wajib Bagi Pokok Limau

3 Jenis Baja Tabur WAJIB Ada Bagi Setiap Pekebun Durian

Cara Mudah sambung kahwin Cantuman Baji Durian MusangKing Rajakunyit, Durihitam agar cepat berbuah

Dusun Cikgu Mail Penuh Dengan Pelbagai Varieti Durian — Setiap Satu Ada Beza!

Part 1 : Perkongsian Ilmu Daripada Sifu Durian Mr Lim Chin Khee

Jarak Tanam Durian - Apa Yang Terbaik?

Jangan Lakukan PEMANGKASAN PUCUK / PEMENGGALAN Pohon Durian Sebelum Menonton Video Ini: Hasilnya...

TEKNIK PANGKASAN, POKOK DURIAN PUN ADA DAHAN JANTAN DAN BETINA

Rutin Menjaga Pokok Durian Kecil Agar Cepat Besar

Cara Paling Mudah Tanam Durian Duri Hitam - Tutorial A - Z (Untuk Semua Jenis Durian)

