Tutorial penuh cantuman durian duri hitam di lapangan
CANTUMAN MATA TUNAS DURIAN (Durio zibethinus) Langkah kawin mata tunas atau teknik cantuman samada di dalam polibag dan juga di lapangan 1. Kelar melintang 1/3 lilitan batang anak pokok penanti. Kopek kulit keluar daripada batang bermula dari kelaran lintang menghala kebawah menggunakan pisau cantuman. 2. Pilih mata tunas dari pokok induk durian terpilih mengikut keperluan anak benih yang hendak dihasilkan. Pastikan ambil scion dari pokok yang sihat dan mencukupi bilangannya. Kelar memanjang mata tunas memanjang kiri kekanan untuk mendapatkan matatunas (scion). 3. Mata tunas yang akan kelihatan dari disebelah dalam kulit mata tunas. Pastikan mata tunas tudak cacat atau tertinggal pada kayu ranting apabila lapisan kayu dikeluarkan dari mata tunas. Potong bahagian hujong mata tunas agar rata. 4. Letakkan mata tunas durian kepada bahagian tingkap pada pokok penanti dari langkah (1). Potong bahagian kulit tetingkap pokok penanti sedikit kebawah dari mata tunas. 5. Apabila kedudukan mata tunas sudah 'ngam' diletak pada tingkap, maka kita perlu balut dengan menggunakan pita cantuman dengan kemas. Balutan dimulakan daripada bahagian bawah ke atas dimana ini mengelakkan air mesuk jika dibalut terbalik ketika siraman dijalankan. 6. Pastikan pita cantuman tidak menutup mata tunas kerana kita mahu tunas durian tumbuh keluar kelak. Matikan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm. 7. Pita cantuman akan dibuka selepas 3-4 mingga didalam nurseri. Kalau kita dapati kulit scion menjadi hijau menunjukkan ia berjaya dan sebaliknya. Potong batang pokok penanti anggaran 15 cm dari paras cantuman selepas 7 hari. Ini akan mengurangkan pertumbuhan pucuk pada pokok penanti sebaliknya menggalakan tunas baru tumbuh pada mata tunas cantuman. 8. Pemerhatian saya di Stesyen Pertanian yang mengeluarkan beribu-ribu anak pokok durian cantuman mata tunas durian mendapati selepas 8 - 10 bulan proses cantuman, anak pokok tersebut sedia untuk ditanam diladang. Pada masa ini terdapat antara 10 -12 helai daun dengan ketinggian lebih dari 30 cm. Diantara kelebihan teknik cantuman mata tunas adalah kerana cara ini dapat menghasilkan varieti atau klon durian yang mempunyai maklumat genetik yang sama seperti pokok induk (true- to - type seedlings). Ini berbeza dengan jika tanam terus dari biji durian yang diambil dari buah kerana bunga durian adalah heterozygous dimana biji yang ditanam tidak menyerupai induk akibat pendebungaan bersilang (cross pollination) dari beberapa varieti berlainan. Kaedah ini mampu menghasilkan anak benih klon yang berkualiti dengan cepat, kuantiti yang banyak dan mudah diuruskan dalam nurseri. Pengurusan tanaman didalam nurseri juga agak mudah kerana keseragaman pertumbuhan dan baka yang digunakan. Kini banyak nurseri swasta telah mengkomersilkan aktiviti mencantum anak benih durian varieti terpilih seperti Varieti Raja Kunyit / Musang King (D197), Varieti Bukit Merah (D24) dan banyak lagi varieti pilihan ramai. Kredit: M Anem Pusat Pertanian Serdang, Selangor, Malaysia. (26 Muharram 1434H)

Teknik Pruning 4 Jenis Durian - Rahsia Pokok Cepat Besar & Berbuah

Cara Tanam Pokok Durian | Tutorial Lengkap

Durian Black Thorn Habis Diborong Oleh Pelancong Hong Kong!

Pemangkasan Durian Pokok MatangPruning for Matured Durian Tree 榴莲大树的修剪

TEKNOLOGI CANTUMAN DURIAN DI LADANG 榴莲嫁接技术Grafting Technology in Field

AKIBAT DURIAN MK TIDAK DI PRUNING DARI KECIL

CARA TANAM BENIH DURIAN BLACK THONE | DURIAN DURI HITAM BERBUAH LEBAT | EP 50

TEKNIK CANTUMAN DURIAN-BAJI TINGGI DAUN PENUH, BAJI SISIP DAN OKULASI MATA TUNAS

grafting durian teknik sambung sisip 100 berjaya !! viral

Menganal perbedaan baka durian terpilih musang king, duri hitam, ioi, dan tekka

Pokok pulih dan berbuah selepas rawatan kanser batang dan buruk akar .

10 KESILAPAN sewaktu menanam durian - Durian LAMBAT tumbuh

Teknik cantuman dewasa durian/mature durian grafting technique/榴莲大树嫁接技术

Cara aku cegah bunga durian gugur ketika berpucuk.

Cara Mudah sambung kahwin Cantuman Baji Durian MusangKing Rajakunyit, Durihitam agar cepat berbuah

Learn How To Graft Durian Musang King

BAJA YANG SESUAI UNTUK ANAK POKOK DURIAN | PERLU LAKUKAN INI | EP 57

POKOK KUNING DAN RAWATAN树黄及其治疗

Part 1 : Perkongsian Ilmu Daripada Sifu Durian Mr Lim Chin Khee

