The Most Trees Assessed In A Forest Health Monitoring Programme[HD]
SUKARELAWAN UNIVERSITI AWAM DAN IPTS CIPTA MALAYSIA BOOK OF RECORDS NILAI 1,019 POKOK TERBANYAK BAGI THE MOST TREES ASSESSED IN A FOREST HEALTH MONITORING PROGRAMME DI HUTAN HUJAN ROYAL BELUM-TEMENGOR GERIK 12 Mei 2026 I Sukarelawan siswa/siswi dari seluruh Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hari ini mencipta Malaysia Books of Record (MBOR) dengan sokongan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia menerusi The Most Trees Assessed In A Forest Health Monitoring Programme yang berlangsung pada 12 Mei 2026, bertempat di UMKTRaCe, Hutan Hujan Royal Belum-Temengor, Perak. Penilaian pokok terbanyak, 1,019 pokok hutan oleh sukarelawan mahasiswa itu telah dinilai oleh MBOR dalam satu program pemantauan kesihatan hutan di landskap Royal Belum-Temengor, Gerik, Perak menerusi penyertaan 249 lebih sukarelawan mahasiswa, 30 pegawai daripada MASKUM serta sokongan 19 rakan strategik dan penaja sekaligus menjadikan program ini program misi sukarelawan kelestarian alam sekitar yang terbesar di Malaysia. Usaha ini sebagai simbolik melakar nama dalam Malaysia Book of Records sempena program Eco Guardian Initiative Programme (eGIP) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Yayasan Perkasa Siswa (YPS) dan Pulau Banding Foundation (PBF). Majlis penyerahan sijil MBOR bagi pencapaian Most Trees In A Forest Health Monitoring Programme telah diserahkan oleh Pegawai MBOR, En. Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Pengarah BHEP, Encik Hirman bin Awang. Menurut Encik Hirman, JPT bersama MASKUM merangka eGIP 2026 sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh agenda penjagaan alam sekitar serta membudayakan kesedaran kelestarian dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat. BHEP JPT juga akan menyalurkan RM5,000 geran khas kepada setiap 20 UA menjadikan jumlah keseluruhan geran khas sebanyak RM100,000 sekaligus menangkat nilai kelangsungan eGIP sebagai acara tahunan yang berimpak tinggi dan UA akan menjadi tuan rumah secara giliran. JPT bersama MASKUM merangka eGIP 2026 sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh agenda penjagaan alam sekitar serta membudayakan kesedaran kelestarian dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat. Katanya, program ini adalah sebagai platform untuk melahirkan generasi belia yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, malah mampu bertindak secara proaktif melalui pendekatan pembelajaran imersif (immersive experience) dan pengalaman lapangan secara langsung. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin yang mewakili Naib Canselor UMK, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Ab. Halim dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Raman Noordin dan Pegawai Rasmi MBOR, Pn. Siti Nurhanim Mohd Noh. Kementerian Pendidikan Tinggi Naib Canselor UMK Pejabat TNCAA UMK My HEPA UMK Pejabat Tncpi Umk Rasmi Pejabat Pendaftar UMK #OfficialUMK #EntrepreneurshipUniversity #UMK4u1hati1jiwa #20tahunUMK #MalaysiaMadani Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share Kita #BinaLegasiUMK Bersama #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream *Like Facebook Rasmi UMKTV : / umktv.umk *Subscribe Youtube Chanel UMKTV: / umktvumk

“PAC & UKJK : Persediaan, Penilaian dan Potensi Calon”

Why does everyone suddenly look the same? - The end of individual beauty

FRAMED LANDSCAPE OIL PAINTINGS | FRAMED ART

Incredible Safari Moments Caught on Camera
![Ziarah Prihatin UMK Cakna ke kediaman pelajar Asasi Sains UMK[HD]](https://i.ytimg.com/vi/zRubEOw02nI/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Af4JgALQBYoCDAgAEAEYVyBgKGUwDw==&rs=AOn4CLAdhcFZmCxMGLFJCyPa_k3n7R8YAA)
Ziarah Prihatin UMK Cakna ke kediaman pelajar Asasi Sains UMK[HD]

Fundshare Connect: Capital Match - Pocket Talk 1

Our First Days in Malaysia 🇲🇾

Punyalah Aku Baca, Rupanya Ini Je Punca Rohingya Kena Tibai Di Myanmar

People Who Messed With The Royal Guard and Regretted It!

Lenggong Perak: Underrated Nature

My Golden Retriever Heals a Terrified Rescue Kitten in Just 3 Meetings!

Worst Plane Landing Fails Caught on Camera

Rowan Atkinson's Brilliant Humor Leaves Celebrities in Tears!

PROGRAM TELAAH@UMK SIRI 1/2026

EKSPEDISI : GUNUNG CHAMAH Via Skomad Trail

🚗 BYD : The biggest SCAM of the car industry ?
![UMK RANGKUL ANUGERAH PUSAT KEUSAHAWANAN TERBAIK PADA MAJLIS AKKPT 2025[HD]](https://i.ytimg.com/vi/Ymo63eYqaII/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Af4JgALQBYoCDAgAEAEYQCATKH8wDw==&rs=AOn4CLDofTFPmCMbO5Dh9lQBw1DyCWnp-w)
UMK RANGKUL ANUGERAH PUSAT KEUSAHAWANAN TERBAIK PADA MAJLIS AKKPT 2025[HD]

When A Parrot Meets An Owl❤️🦜 Funniest Parrot Moments

The FULL VIDEO of Trump they didn’t want released

