EKSPEDISI : GUNUNG CHAMAH Via Skomad Trail
GUNUNG CHAMAH – antara puncak yang terkenal di minda pendaki gunung Malaysia khususnya Semenanjung Malaysia kerana ianya terdiri dariapda salah satu G7. G7? 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia! Ada pelbagai bentuk ekspedisi untuk pendakian ke Gunung Chamah seperti Trans Chamah – Ulu Sepat (via Rekom), Chamah Single (via Rekom), Chamah – Ulu Sepat Legend, Trans Ulu Sepat – Chamah (USC) dan pelbagai lagi. Dan terkini, sebuah Pendakian baharu ingin diperkenalkan kepada umum! Denai pendakian Gunung Chamah melalui Skomad Trail! Antara kelebihan denai pendakian ini Adalah hutannya yang indah dengan kehadiran beberapa ‘waterpoint’ dan juga air terjun yang sangat cantik (Air Terjun Sungai Perlong) untuk ditermenungkan. Turut hadir di sekeliling Air Terjun berdekatan Kem Dakota Adalah bangkai kapal terbang. Yang ini, kami tidak berjumpa lagi. Sekadar menjumpai serpihan pesawatnya sahaja. Ekspedisi ini disarankan untuk dijalankan selama 3 hari 2 malam atas beberapa faktor khususnya kesukaran 4wd untuk tiba ke Kem Dakota (kami sekadar bernasib baik!). Dan, antara faktor tambahan Adalah denai pendakian yang terlalu muda, belum cukup mampan untuk mendapatkan hasil ukuran masa yang tepat. Checkpoint yang wujud: Simpang Kampung Kajang Bukit Zalim Dakota Basecamp (Sudah berpapan tanda) Hentian Resam Tebing Tapo Pintu Rimba (Sudah berpapan tanda) Permatang Badek Kem Korang Kem Skomad (Sudah Berpapan Tanda) Simpang Chamah-Rekom-Skomad (Sudah Berpapan Tanda) Puncak Chamah (Sudah Berpapan Tanda) Ekspedisi pada video ini Adalah ekspedisi yang pertama, merangkap ‘tikus makmal’ kepada rakan malim. Tujuan dijalankan untuk menambah baik pembentukan denai dan juga mendapatkan anggaran awal masa yang diperlukan untuk pendakian ke Gunung Chamah via Skomad Trail. Terima kasih diucapkan kepada perintis jalan iaitu saudara Ahmad Shah, Poncho, Zaim, Wan Agil dan Ayul Adha kerana sudi menyumbangkan masa 4 hari 3 malam dan tenaga pada awalnya untuk mencari jalan dan turut hadir menjayakan ekspedisi ini. Kami yang sekadar lalu buat pertama kali sebagai satu Kumpulan, boleh membayangkan kekuatan jiwa yang di perlukan untuk ‘menembus’ halangan! Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Ahmad Shah sekali lagi, kerana telah menjadi penganjur untuk ekspedisi ini. Pada mulanya, disangka tidak ramai yang berminat. Namun pada akhirnya, ianya terdiri daripada rakan-rakan gunung yang sudah lama tidak bersama di dalam hutan. Mengembalikan kegilaan dan semangat muda yang telah pudar. Tidak terasa kesukaran ekspedisi! Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Chimoy dan Shahrul yang telah secara paksa rela, menjadi pasukan tukang masak untuk rakan-rakan yang liar. Walau berdua, mereka bagaikan mempunyai jampi dalam menjinakkan rakan-rakan pendaki dan turut berkemampuan menghasilkan lauk-pauk yang sedap ke tahap menghisap kuku! Mohon maaf setinggi-tinggi maaf kepada penganjur dan juga malim bagi ekspedisi ini diatas ke-liar-an perangai kumpulan kami. Disebabkan sudah terlalu lama tidak mendaki bersama, maka segala perangai buruk yang terpendam telah dikeluarkan secara meluap-luap pada ekspedisi ini. Bercakaran daripada mula sehingga habis ekspedisi. fuh! puas! PANDANGAN AKU? Trek ini jauh mudah berbanding pendakian dari Kampung Rekom. Walaupun denai yang masih belum mampan/stabil, ianya tetap terasa lebih mudah. Dan kemungkinan, apabila dilalui 600-1,000 pendaki, semestinya denai ini menjadi pilihan bagi pendaki Gunung Chamah (single) kerana bukan sahaja lebih mudah dan lebih rendah risiko, namun disebabkan nilai sumbernya yang aku rasakan lebih menambat hati. Majoriti parang yang digunakan dalam ekspedisi ini mengikut bilangan adalah: 1. Parang Tantari - ini Ahmad Shah punya 2. Parang Lipis 3. MyParang 4. Parang hardware SKOMAD TU APEBENDA? Sebuah jenama tempatan! Mengeluarkan pakaian, aksesori dan macam-macam berkaitkan dengan dunia outdoor. Tak percaya? boleh pergi intai website mereka : https://skomad.com/ Berminat untuk kami uruskan ekspedisi anda? Hubungi kami segera! WHATSAPPP : 012 776 7426 wasap.my/6012767426

PENDAKIAN GUNUNG KINABALU : Perjalanan | Pengalaman | Ilmu | Tips | Suka-Duka!

GUNUNG CHAMAH GUA MUSANG KELANTAN 5 JAM NAIK POWIL KE DROP POINT " BARAI " #hikingmalaysia

What?! A New Island in Malaysia!?

EKSPEDISI : GUNUNG TAHAN (Kuala Tahan - Merapoh)

#37 Gunung Tahan Via Merapoh 4H3M | Misi Tamatkn G7 Berjaya Alhamdulillah

5 PERISTIWA MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN NAGA DI MALAYSIA (2024)

EP 8 : Bob nk mencabar keberanian Guest

Ekspedisi Gunung Ulu Sepat Jun 2023

Mr Adem (Part 4) Pernah Ditanam Hidup-Hidup, Terperangkap Dalam Keranda! - Sembang Seram

Fall asleep while I build a zoo

EKSPEDISI KE GUNUNG STONG, KELANTAN

HIKING GUNUNG ULU SEPAT G7 PALING MESRA PENDAKI #hiking #hikingmalaysia

EKSPEDISI : ( CBL ) Chemerong - Berembun - Lansir

5 Gunung Dengan Kisah Misteri di Malaysia

Komodo Island - Pulau Naga Purba Paling EPIC di Labuan Bajo, Indonesia

Gunung Tahan Hiking via Merapoh to Kuala Tahan (M2K) tapi Gagal! jadi Merapoh to Merapoh (M2M)

EXPEDITION : Mount Nuang Real Time Tentative March 2023 Dayhike

Listen and Feel the Peace | Tibetan Healing Sounds for Deep Meditation, Inner Peace & Soul Healing

The Sweet Reward After a Busy Day ❤️ Harvesting Giant Fish and Picking Up My Daughter From School

