UMK RANGKUL ANUGERAH PUSAT KEUSAHAWANAN TERBAIK PADA MAJLIS AKKPT 2025[HD]

UMK RANGKUL ANUGERAH PUSAT KEUSAHAWANAN TERBAIK PADA MAJLIS ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 2025, TURUT MENANG TIGA ANUGERAH AKKPT KUALA LUMPUR, 15 Mei 2026 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar satu lagi sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai sebagai Pusat Keusahawanan Terbaik menerusi Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) pada Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT 2025) yang berlangsung di Hilton Kuala Lumpur. UMK turut merangkul tiga lagi anugerah lain iaitu anugerah kategori Perusahaan Graduan Terbaik yang dimenangi oleh graduan alumni UMK dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), En. Syed Muhammad Hafiz Seeni selaku pengasas syarikat Seeni F&B, anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik dimenangi oleh Pengarah Centre of Entrepreneurship Education and Development (CEED) UMK, Dr. Mohd Safwan bin Ghazali dan tempat kedua kategori Perusahaan Pelajar Terbaik yang berjaya dibawa pulang oleh syarikat pemula pelajar iaitu Leaf Eternal Trading. Majlis penyampaian anugerah dan perasmian AKKPT 2025 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Encik Ahmad Rizal bin Adnan dan Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah. Menurut Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham, kejayaan cemerlang ini amat bermakna buat seluruh warga UMK kerana ia mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkasa budaya dan ekosistem keusahawanan yang inklusif, lestari serta berimpak tinggi. Beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI), para pensyarah, mentor, pelajar, graduan serta semua finalis yang telah berjaya mengharumkan nama UMK di pentas nasional. “Daripada sebelas (11) kategori yang dipertandingkan dalam AKKPT25, UMK berjaya melakar pencapaian membanggakan apabila lapan kategori berjaya mara sebagai finalis, termasuk kategori Perusahaan Pelajar yang menyaksikan UMK menghantar tiga wakil ke pentas akhir. “Tahniah juga kepada semua finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir. Saya amat menghargai segala pengorbanan, usaha dan ketekunan yang dicurahkan sepanjang perjalanan ini,” katanya. Sementara itu, Pengarah Kanan UMKEI, Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin bin Yusoff berkata, kejayaan memenangi anugerah Pusat Keusahawanan Terbaik, sekali gus mengiktiraf peranan aktif institut tersebut dalam memperkasakan budaya dan ekosistem keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta komuniti universiti. “Selain itu, pencapaian graduan alumni UMK, Syed Muhammad Hafiz Seeni tersebut membuktikan bahawa graduan UMK mampu bersaing dan membina jenama perniagaan yang berjaya di peringkat nasional. “Turut mencuri tumpuan ialah anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik yang dimenangi oleh Dr. Mohd Safwan yang telah mengiktiraf di atas sumbangan dan komitmen beliau dalam membimbing serta membangunkan potensi usahawan muda UMK. “Sekalung tahniah dan syabas kepada syarikat pemula pelajar UMK Leaf Eternal Trading muncul sebagai Naib Johan. Pasukan tersebut dianggotai oleh Muhammad Hang Sufi bin Md Hang Tuah, Muhammad Iqbal bin Mohamed Rashidi, Nivahrani A/P Sadasivam, Addilin Jeniol, Wong Hong Jun dan Yizri Jeffrymin daripada Fakulti Industri Asas Tani (FIAT),” jelas beliau. Tambah Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin, kejayaan berkenaan merupakan hasil sokongan berterusan daripada pengurusan tertinggi universiti termasuk Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, pihak PTJ, para dekan serta seluruh warga UMK yang sentiasa komited memperkukuhkan agenda keusahawanan universiti. “Pencapaian cemerlang di AKKPT25 ini sekali lagi membuktikan bahawa UMK bukan sahaja unggul dalam bidang akademik, malah terus menyerlah sebagai peneraju pendidikan keusahawanan negara selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan holistik, berdaya saing dan berjiwa usahawan,” katanya. Naib Canselor UMK Pejabat TNCAA UMK My HEPA UMK Pejabat Tncpi Umk Rasmi Pejabat Pendaftar UMK UMKEI #OfficialUMK #EntrepreneurshipUniversity #UMK4u1hati1jiwa #20tahunUMK #MalaysiaMadani Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share. Kita #BinaLegasiUMK Bersama #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream *Like Facebook Rasmi UMKTV :   / umktv.umk   *Subscribe Youtube Chanel UMKTV:    / umktvumk