Sorotan perlawanan Kelantan Red Warrior FC vs Kelantan WTS FC

Kekurangan seorang pemain disepanjang babak kedua bukanlah halangan buat Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) untuk meraih tiga mata selepas berjaya menewaskan Kelantan WTS FC dengan keputusan 2-0. Beraksi dengan 10 pemain selepas Abdul Latiff Suhaimi dilayangkan kad merah, KRW FC memperolehi dua gol menerusi jaringan Philip Dandada Musa pada minit ke-65 sebelum Emmanuel Mbarga menggandakan kelebihan buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-83. #afl #ligaa1semipro202526 #ligauntuksemua