Sorotan perlawanan JDT II vs KRW FC

Penyerang import JDT II, Celso Bermejo yang juga merupakan penjaring terbanyak pasukan menjadi wira apabila meledak gol kemenangan untuk mengatasi Kelantan Red Warrior FC, 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Terikat seri 1-1 hasil jaringan Miquel Cuesta pada minitt ke- 21sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi Wan Mohd Aikal (m-45), Bermejo membuktikan bisanya selaku pemusnah menerusi jaringan gol pada minit ke-79. Tiga mata diraih JDT II kini meletakkan mereka hanya satu mata di belakang Selangor FC II yang memimpin Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 namun mereka masih kekurangan satu perlawanan. #afl #ligaa1semipro202526 #ligauntuksemua