Sorotan perlawanan Kelantan Red Warrior FC vs Perak FA

Rekod tanpa kalah Kelantan Red Warrior FC dilaman sendiri akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Perak FA pada perlawanan minggu ke 24 Liga A1 Semi-Pro 2025/2026. Pada aksi yang berlangsung di Kota Bahru itu, jaringan tunggal penyerang import Perak FA, Ekene Victor pada minit ke 12 memastikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Shamsul Saad. Tiga mata diraih pelawat melonjakkan kedudukan mereka ditangga ke lima mengumpul 38 mata dan masih kekurangan dua perlawanan manakala tuan rumah pula dikedudukan ketujuh dengan 35 mata. #afl #ligaa1semipro202526 #ligauntuksemua