Ziarah Masjid Malaysia Ep95 - Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

As salam, bertemu lagi di Masri Muhamad Channel dalam siri Ziarah Masjid Malaysia Episod ke-95 kali ini. Dalam video ini, kita akan menelusuri keindahan Masjid Usamah Bin Zaid yang terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Serba ringkas kita akan mengkaji sejarah pembinaannya, meneroka seni bina dan reka bentuk masjid serta melihat keunikan dan keistimewaannya. Pembinaannya bermula pada Mac 2004, dan siap sepenuhnya pada Oktober 2008, dengan kos sekitar 19 juta ringgit. Kapasiti masjid ini dianggarkan 5,000 orang jemaah untuk satu-satu masa. Masjid ini dibina dilereng bukit dan dapat dilihat dengan jelas dan begitu cantik dari Lebuhraya DUKE. Solat jumaat pertama telah diadakan pada 16 Julai 2008 sempena perasmiannya oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari tersebut. Masjid ini dinamakan sempena Usamah bin Zaid, seorang sahabat Nabi Rasulullah SAW yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepimpinan luar biasa, walaupun pada usia yang sangat muda. Usamah adalah anak kepada Zaid bin Harithah, anak angkat Nabi yang sangat disayangi. Usamah pernah dilantik sebagai panglima perang tentera Islam ketika berusia sekitar 18 tahun dalam peperangan dengan tentera Rom di Syam. Dari sudut seni bina, masjid Usamah Bin Zaid menampilkan gabungan reka bentuk Islam tradisional dan elemen moden. Struktur bangunannya kelihatan kemas, simetri dan cantik. Fasad luar masjid dihiasi dengan bentuk geometri Islamik yang sederhana, tanpa hiasan berlebihan namun tetap tampak elegan. Sementara itu, kubah masjid kelihatan begitu elegan, cantik dengan motif bunga berwarna merah jambu. dapat dilihat dari jarak yang agak jauh. Dewan solat utamanya berada dalam keadaan yang baik, bersih dan terjaga. Lantai beralas karpet yang kemas dan lembut, Susun atur ruang solat direka secara terbuka tanpa banyak halangan fizikal dengan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang baik. Sebelum meninggalkan dewan solat ini, saya sempat bertemu dan berbual dengan tiga orang saudara seagama yang berasal dari negara China. Mereka datang melancong ke Malaysia dan tinggal di Hotel berhampiran. Masjid Usamah Bin Zaid bukan sekadar bangunan yang berdiri megah dilereng bukit tetapi ianya sebuah masjid dan pusat komuniti bagi penduduk Wangsa Maju. Sekiranya anda berada di sekitar kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, sila datang ke Masjid ini untuk ziarah dan iktikaf. Jom iktikaf!!    • Ziarah Masjid Malaysia Ep95 - Masjid Usama...