Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 2 (PETANG) | Sekinchan, Selangor | KSB

DANGAU PADI 7 | KEMBARA SENI BINA 3H2M | DAY 2 (PETANG) • NATA DE COCO • BERKAT PADI (Membeli beras wangi dan melihat pokok pulut di bendang) • LAMAN CHOCO • MEE GORENG KELAIQ dan NASI GORENG UDANG BERANAK (Tapi, kedainya tutup) • PANTAI REDANG (Mencari tempat makan di sekitar pantai untuk menggantikan Mee Goreng Kelaiq yang tutup. Tiada rakaman video atau gambar kerana dah penat. Haha) • SURPRISE BIRTHDAY dan birthday cake untuk anak nombor 4 (Celebrate sekali lagi birthday dia di sekitar homestay saja) ____________________________________ Tentu kalian pernah mendengar tentang SEKINCHAN, sebuah tempat yang sangat terkenal di negeri SELANGOR. Lokasinya, petak-petak sawah padinya, tak kurang juga tempat lawatan dan tempat makan viralnya yang menjadi tumpuan percutian rakyat Malaysia. Kami juga baru berpeluang bercuti di sana. DANGAU PADI 7, itulah rumah penginapan kami selama TIGA HARI DUA MALAM. Sebuah rumah inap desa bercirikan SENI BINA TRADISIONAL yang terletak di Kampung Sungai Leman, meninggalkan kenangan indah untuk kami pada percutian kali ini. Terutama kepada saya yang sangat menyukai rumah-rumah tradisional dan seni bina klasik. DANGAU PADI 7, sebuah rumah di tengah-tengah bendang. Mempunyai tiga buah bilik tidur ber-aircond. Dua daripadanya berada di tingkat atas dan sebuah lagi di bawah, berdekatan dapur. Mempunyai dua buah bilik air, satu di tingkat atas dan satu lagi di bawah. Ruang tamu yang luas dan ada televisyen juga sebuah radio di dapur. KADAR SEWAAN SEHARI adalah RM350 (weekdays) dan RM380 (weekend, cuti sekolah dan public holiday). Waktu CHECK-IN adalah pada jam 2 PETANG dan waktu CHECK-OUT adalah SEBELUM 12 TENGAH HARI. Tiga hari dua malam menginap di situ terasa sangat sekejap. Seakan belum puas menikmati pemandangan sawah padi di sekeliling rumah, suasana subuh nan indah, azan kedengaran sangat jelas kerana masjid sangat hampir dengan rumah, tidur malam yang dingin, berselimut pun masih sejuk. Hajat di hati nak melihat sawah padi menghijau. Namun bukan rezeki kami kali ini kerana datang bukan pada musimnya, padi sudahpun di tuai. Sungguhpun begitu tetap bermakna pengalaman ini, dapat bercuti bersama anak-anak sambil kami mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil tinggal di rumah kayu di kampung. Siang berpanas, malam berembun. Berlari-lari di laman rumah bebas tanpa kekangan. Anak-anak gembira mandi kolam siang dan malam, bermain basikal, memancing dan menangguk ikan di tali air. Aktiviti BBQ di laman rumah bersama keluarga pada malam pertama menginap di situ, membuatkan percutian ini terasa terisi pada malamnya. Kelengkapan BBQ semuanya disediakan kecuali arang. Kami membeli arang siap-siap dan dibawa dari rumah. Keesokan harinya dan hari terakhir, pelbagai lagi aktiviti yang kami lakukan. Namun pada pagi hari kedua, kami cuma duduk di rumah dan beraktiviti di homestay saja kerana hujan lebat. Anak-anak mandi hujan di laman rumah, memancing, menangguk ikan di dalam hujan, mengayuh basikal dan mandi kolam sajalah. Penyewa dibenarkan untuk memasak. Untuk kami yang lebih suka memasak di rumah, memang suka benar homestay yang diberikan kebenaran untuk memasak. Bukan tak boleh setiap kali waktu makan nak makan di luar. Sesekali memang kami akan mencari dan nak merasa juga makanan-makanan viral yang ada di sesuatu tempat. Namun, akan memasak juga di rumah untuk anak-anak yang ramai dan sentiasa lapar ini dari siang ke malam ini. Hehe. Perkakas dapur disediakan sangat lengkap. Mudah untuk kami memasak tanpa perlu dibawa dari rumah. Jika nak membeli pun cuma sayur, bawang, bahan-bahan masakan atau barang-barang basah seperti ayam, daging atau ikan. Peti ais ada disediakan di dapur. Kami dibenarkan juga untuk memetik tanaman yang ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan memasak seperti daun kunyit, serai dan sebagainya. Selain itu, pokok tebu dan buah kelapa, ambil saja untuk diminum airnya. Pokok ‘Ajinamoto’ yang daunnya seakan-akan pucuk ubi kayu itu, kami masak lemak kuning. Betul bagai dikata, rasanya sama seperti memakan sayur pucuk ubi. Pertama kali kami makan sebenarnya. Pada pagi hari kedua itu, kami ke Pasar Awam Sekinchan, membeli bahan-bahan memasak untuk juadah makan tengah hari. Semua bahan-bahan basah itu boleh disimpan di dalam fridge atau peti sejuk beku yang telah disediakan di dapur. Pendek kata, tiada yang kurang. Semuanya lengkap. Tak perlu risau makanan atau minuman akan basi atau rosak. Terlalu panjang untuk diceritakan di sini. Saya rangkumkan semua pengalaman indah ini di dalam video KEMBARA SENI BINA di Sekinchan ini. Mungkin melalui video-video itu akan membuatkan tuan/puan ingin juga menginap di sini. Anggap ini review daripada saya for educational purpose. KEMBARA SENI BINA 'Melalui Seni Bina, aku ingin mengembara' ____________________________________ ZAM TORMIN (Architectural Designer & 3D Visualizer) #KSB #KembaraSeniBina #KKSB #KayuhanKembaraSeniBina #ALS #AngkasaletupStudio #LoaD #LifeofaDesigner

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 1 | Sekinchan, Selangor | KSB
▶︎

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 1 | Sekinchan, Selangor | KSB

NASI KANDAR BENDI Port MAKAN TENGAHARI ORANG² OPIS.
▶︎

NASI KANDAR BENDI Port MAKAN TENGAHARI ORANG² OPIS.

Snakes often live together in groups in damp places.
▶︎

Snakes often live together in groups in damp places.

Yusoff Rawther LARI Dari Perbicaraan Minggu Depan?!
▶︎

Yusoff Rawther LARI Dari Perbicaraan Minggu Depan?!

Cuci Mata Tengok Ikan Segar Kuala Selangor
▶︎

Cuci Mata Tengok Ikan Segar Kuala Selangor

I Mengandung Anak Father In Law | Episode 319
▶︎

I Mengandung Anak Father In Law | Episode 319

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 2 (PAGI) Hujan Lebat! | Sekinchan, Selangor | KSB
▶︎

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 2 (PAGI) Hujan Lebat! | Sekinchan, Selangor | KSB

SEKINCHAN Gerbang Alam dan Pengembaraan | Hijau Tiada Penghujung
▶︎

SEKINCHAN Gerbang Alam dan Pengembaraan | Hijau Tiada Penghujung

AfD-Spitzenkandidat Ulrich Siegmund will konsequent abschieben | KLARTEXT Deutschland
▶︎

AfD-Spitzenkandidat Ulrich Siegmund will konsequent abschieben | KLARTEXT Deutschland

A trash-picking girl reunites with her 9 powerful brothers,instantly becoming the family’s favorite!
▶︎

A trash-picking girl reunites with her 9 powerful brothers,instantly becoming the family’s favorite!

The Simulation of Freedom: Who Is Really Pulling the Strings Behind the Scenes
▶︎

The Simulation of Freedom: Who Is Really Pulling the Strings Behind the Scenes

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 3 (HARI TERAKHIR) | Sekinchan, Selangor | KSB
▶︎

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 3 (HARI TERAKHIR) | Sekinchan, Selangor | KSB

RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI SELANGOR: PERANCANGAN ATAU DISKRIMINASI TERSELINDUNG?
▶︎

RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI SELANGOR: PERANCANGAN ATAU DISKRIMINASI TERSELINDUNG?

BERMALAM DI CHALET MARADONA @D'MUARA MARINE PARK Water Resort
▶︎

BERMALAM DI CHALET MARADONA @D'MUARA MARINE PARK Water Resort

Mr Adem (Part 4) Pernah Ditanam Hidup-Hidup, Terperangkap Dalam Keranda! - Sembang Seram
▶︎

Mr Adem (Part 4) Pernah Ditanam Hidup-Hidup, Terperangkap Dalam Keranda! - Sembang Seram

Minced Beef And Potato Pie Recipe - Only 69p Per Slice
▶︎

Minced Beef And Potato Pie Recipe - Only 69p Per Slice

Pasar Pagi Terpanjang & Paling Viral di Negeri Perak | Sungai Bayor | Selama, Perak | Malaysia | KSB
▶︎

Pasar Pagi Terpanjang & Paling Viral di Negeri Perak | Sungai Bayor | Selama, Perak | Malaysia | KSB

TERKINI! Pas Sudah Bercerai Dengan Bersatu! Talak Satu Atau Talak Tiga? | THE ZAID IBRAHIM PODCAST
▶︎

TERKINI! Pas Sudah Bercerai Dengan Bersatu! Talak Satu Atau Talak Tiga? | THE ZAID IBRAHIM PODCAST

Nama Tuanku Mukhriz DIKELUARKAN Daripada Bacaan Doa Khutbah Jumaat?
▶︎

Nama Tuanku Mukhriz DIKELUARKAN Daripada Bacaan Doa Khutbah Jumaat?

KELANTAN : "SURPRISING" Reasons Why It Deserves To Be On Your Travel List | Rugi Kalau Tak Datang...
▶︎

KELANTAN : "SURPRISING" Reasons Why It Deserves To Be On Your Travel List | Rugi Kalau Tak Datang...