Pasar Pagi Terpanjang & Paling Viral di Negeri Perak | Sungai Bayor | Selama, Perak | Malaysia | KSB

PASAR PAGI SUNGAI BAYOR yang terletak di Selama, Perak adalah sebuah pasar pagi terpanjang dan paling viral di negeri Perak. Dibuka pada setiap pagi Jumaat. Berkunjung ke sini bagi 'orang luar' seperti saya memang tak puas. Makanan, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran memang murah-murah. Selain itu ada jualan pakaian baharu dan pakaian bundle (preloved), barang-barang terpakai, pokok-pokok bunga dan anak-anak pokok buah-buahan, ikan-ikan, ayam, bahan mentah, keperluan dapur dan pelbagai lagilah. Complete! Serius memang tak puas. Kalau boleh, semua nak dibeli. Cuma tak larat nak jinjit barang jelah nanti kerana pasar ini berkilometer panjangnya. Haha. Selalunya saya hantar dulu barang-barang yang dibeli ke kereta, nanti patah balik semula untuk membeli yang lain. Bukan selalu dapat pergi sini kan!