Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 3 (HARI TERAKHIR) | Sekinchan, Selangor | KSB
DANGAU PADI 7 | KEMBARA SENI BINA 3H2M | DAY 3 (HARI TERAKHIR) Pemilik homestay membenarkan kami check-out lewat sedikit (sepatutnya sebelum jam 12 tengah hari) kerana selepas kami, tiada penyewa lain akan masuk untuk hari itu. Maka, sempatlah saya dan anak bujang solat Jumaat dulu di masjid berhampiran homestay sebelum bertolak pulang. • TERMINAL SEKINCHAN (destinasi terakhir untuk hari ini adalah terminal kapal terbang dan kereta api ini. Namun, ramai pengunjung beratur panjang membeli tiket. Tak sunggup nak beratur berpanas lama-lama, kami cuma lalu di depan terminal saja dan teruskan perjalanan pulang ke Melaka) ____________________________________ Tentu kalian pernah mendengar tentang SEKINCHAN, sebuah tempat yang sangat terkenal di negeri SELANGOR. Lokasinya, petak-petak sawah padinya, tak kurang juga tempat lawatan dan tempat makan viralnya yang menjadi tumpuan percutian rakyat Malaysia. Kami juga baru berpeluang bercuti di sana. DANGAU PADI 7, itulah rumah penginapan kami selama TIGA HARI DUA MALAM. Sebuah rumah inap desa bercirikan SENI BINA TRADISIONAL yang terletak di Kampung Sungai Leman, meninggalkan kenangan indah untuk kami pada percutian kali ini. Terutama kepada saya yang sangat menyukai rumah-rumah tradisional dan seni bina klasik. DANGAU PADI 7, sebuah rumah di tengah-tengah bendang. Mempunyai tiga buah bilik tidur ber-aircond. Dua daripadanya berada di tingkat atas dan sebuah lagi di bawah, berdekatan dapur. Mempunyai dua buah bilik air, satu di tingkat atas dan satu lagi di bawah. Ruang tamu yang luas dan ada televisyen juga sebuah radio di dapur. KADAR SEWAAN SEHARI adalah RM350 (weekdays) dan RM380 (weekend, cuti sekolah dan public holiday). Waktu CHECK-IN adalah pada jam 2 PETANG dan waktu CHECK-OUT adalah SEBELUM 12 TENGAH HARI. Tiga hari dua malam menginap di situ terasa sangat sekejap. Seakan belum puas menikmati pemandangan sawah padi di sekeliling rumah, suasana subuh nan indah, azan kedengaran sangat jelas kerana masjid sangat hampir dengan rumah, tidur malam yang dingin, berselimut pun masih sejuk. Hajat di hati nak melihat sawah padi menghijau. Namun bukan rezeki kami kali ini kerana datang bukan pada musimnya, padi sudahpun di tuai. Sungguhpun begitu tetap bermakna pengalaman ini, dapat bercuti bersama anak-anak sambil kami mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil tinggal di rumah kayu di kampung. Siang berpanas, malam berembun. Berlari-lari di laman rumah bebas tanpa kekangan. Anak-anak gembira mandi kolam siang dan malam, bermain basikal, memancing dan menangguk ikan di tali air. Aktiviti BBQ di laman rumah bersama keluarga pada malam pertama menginap di situ, membuatkan percutian ini terasa terisi pada malamnya. Kelengkapan BBQ semuanya disediakan kecuali arang. Kami membeli arang siap-siap dan dibawa dari rumah. Keesokan harinya dan hari terakhir, pelbagai lagi aktiviti yang kami lakukan. Namun pada pagi hari kedua, kami cuma duduk di rumah dan beraktiviti di homestay saja kerana hujan lebat. Anak-anak mandi hujan di laman rumah, memancing, menangguk ikan di dalam hujan, mengayuh basikal dan mandi kolam sajalah. Penyewa dibenarkan untuk memasak. Untuk kami yang lebih suka memasak di rumah, memang suka benar homestay yang diberikan kebenaran untuk memasak. Bukan tak boleh setiap kali waktu makan nak makan di luar. Sesekali memang kami akan mencari dan nak merasa juga makanan-makanan viral yang ada di sesuatu tempat. Namun, akan memasak juga di rumah untuk anak-anak yang ramai dan sentiasa lapar ini dari siang ke malam ini. Hehe. Perkakas dapur disediakan sangat lengkap. Mudah untuk kami memasak tanpa perlu dibawa dari rumah. Jika nak membeli pun cuma sayur, bawang, bahan-bahan masakan atau barang-barang basah seperti ayam, daging atau ikan. Peti ais ada disediakan di dapur. Kami dibenarkan juga untuk memetik tanaman yang ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan memasak seperti daun kunyit, serai dan sebagainya. Selain itu, pokok tebu dan buah kelapa, ambil saja untuk diminum airnya. Pokok ‘Ajinamoto’ yang daunnya seakan-akan pucuk ubi kayu itu, kami masak lemak kuning. Betul bagai dikata, rasanya sama seperti memakan sayur pucuk ubi. Pertama kali kami makan sebenarnya. Pada pagi hari kedua itu, kami ke Pasar Awam Sekinchan, membeli bahan-bahan memasak untuk juadah makan tengah hari. Semua bahan-bahan basah itu boleh disimpan di dalam fridge atau peti sejuk beku yang telah disediakan di dapur. Terlalu panjang untuk diceritakan di sini. Saya rangkumkan semua pengalaman indah ini di dalam video KEMBARA SENI BINA di Sekinchan ini. Mungkin melalui video-video itu akan membuatkan tuan/puan ingin juga menginap di sini. Anggap ini review daripada saya for educational purpose. KEMBARA SENI BINA 'Melalui Seni Bina, aku ingin mengembara' ____________________________________ ZAM TORMIN (Architectural Designer & 3D Visualizer) #KSB #KembaraSeniBina #KKSB #KayuhanKembaraSeniBina #ALS #AngkasaletupStudio #LoaD #LifeofaDesigner

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 1 | Sekinchan, Selangor | KSB

START YOUR TUESDAY WITH FAITH | TODAY GOD IS GIVING YOU UNEXPECTED OPPORTUNITIES | FATHER FREDDY ...

The Sweet Reward After a Busy Day ❤️ Harvesting Giant Fish and Picking Up My Daughter From School

Unbelievable Workers | Working with Talented Engineers #46 #fail #adamrose #smartworkers

What?! A New Island in Malaysia!?

15 Haiwan Orang Ingatkan Bunyi Hantu!

Kenapa Gempa Bumi Mindanao Sangat Dahsyat?

Trump Breaks Promises of "No Wars" & Inflation, Fox News Questions Iran Peace Claims: A Closer Look

Mesej saya kepada Setiausaha Muhyiddin: Berhenti fitnah Umno & Anwar untuk tutup kegagalan sendiri

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 2 (PETANG) | Sekinchan, Selangor | KSB

Menginap Di DANGAU PADI 7 | DAY 2 (PAGI) Hujan Lebat! | Sekinchan, Selangor | KSB

RAKYAT MALAYSIA BERSUARA ISU PELARIAN ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA

Unbelievable Smart Worker & Hilarious Fails | Construction Compilation #7 #adamrose #smartworkers

Homestay Kampong Style

GOOSEBUMPS! THE WORLD STOPPED TO WATCH MOROCCO BEAT BRAZIL FOR THE FIRST TIME IN HISTORY

Cooking FREE Malaysian Food For 260 Americans in LA!

Trump Goes Ocean’s Eleven on Iran’s Oil & Knicks Put Off Winning to the Last Second | The Daily Show

【4K|HDR】NAZBELL COTTAGE & GARDEN SUNGAI BESAR | 10:00 AM | SELANGOR | SONY A7III

AfD-Spitzenkandidat Ulrich Siegmund will konsequent abschieben | KLARTEXT Deutschland

