MUDAHNYA BUAT CHEESECAKE GUNA 3 BAHAN SAHAJA

Bahan bahan 250gm cream cheese 4 biji telur gred ½ cawan susu pekat 1 penutup esen vanilla ( optional) Cara masak Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan cream cheese,susu pekat telur kuning dan esen vanilla kacau sebati .. nak kisar pun boleh... Dalam bekas lain pukul telur putih hingga berbuih, kembang dan kental.. Satukan ke dua dua bahan kacau sebati.. sediakn loyang lapik menggunakan baking paper. Masukkan adunan ke dalam loyang.. Bakar menggunakan teknik water bath (guna air panas) suhu 160°c selama 1 Jam 30 minit. Bergantung pada oven masing masing. Bila dah masak sejukkan dulu baru di pindah ke dalam pinggan.. simpan dalam peti supaya kek lebih sedap ketika di makan. #kekcheesemudah