Kerajaan sedia dedahkan laporan RCI TH, sama ada hari ini atau minggu depan - PM Anwar

Kerajaan sedia mendedahkan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) bagi membolehkan rakyat meneliti dakwaan penjualan aset strategik agensi itu sebelum ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan merujuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, sama ada sedia untuk mendedahkan laporan itu hari ini atau selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan. Beliau berkata demikian ditemui media selepas menyempurnakan Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 23 Julai. Mengulas lanjut, Anwar berkata, TH masih dalam proses pemulihan dan pasukan diketuai Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussain sedang melaksana segala syor dan teguran RCI. Beliau berkata, kerajaan sebelum ini tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru dalam mendedahkan laporan itu, bagi memberi tumpuan kepada usaha pemulihan berkenaan. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my