Peminat Instagram Vozinha melonjak 30,000 kepada 30 juta, Haaland tambah 32.1 juta pengikut
Penjaga gol Cape Verde, Vozinha muncul sebagai pemain paling meraih perhatian di Instagram sepanjang Piala Dunia apabila jumlah pengikutnya melonjak daripada hanya 30,000 kepada hampir 30 juta. Penjaga gol berusia 40 tahun itu bersama Cape Verde mencipta kejutan apabila mara ke pusingan 32 terbaik dalam penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia. Cape Verde menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, bermula dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang juara dunia, Sepanyol, sebelum tewas tipis 3-2 kepada Argentina menerusi masa tambahan di pusingan kalah mati. Aksi cemerlang Vozinha menyaksikannya dipilih dalam Pasukan Terbaik Kejohanan, manakala kisah inspirasi beliau turut mencuri perhatian peminat di seluruh dunia. Jumlah pengikut Instagramnya meningkat luar biasa sebanyak 97,900 peratus kepada 29.4 juta. Namun, dari segi pertambahan keseluruhan pengikut, penyerang Norway, Erling Haaland, mencatat angka lebih tinggi apabila memperoleh tambahan 32.1 juta pengikut, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 72.7 juta. Haaland menjadi antara pemain paling popular sepanjang kejohanan bukan sahaja kerana prestasinya di atas padang, malah disebabkan personaliti lucu dan bersahajanya. Beliau mencuri tumpuan selepas mengetuai sambutan 'Viking Row' sebaik Norway menewaskan Brazil untuk mara ke suku akhir dengan memakai topi Viking tradisional sambil memukul gendang. Sepanjang berada di Amerika Syarikat, Haaland turut menghayati budaya tempatan apabila dilaporkan membelanjakan hampir AS$10,000 (RM40,867) untuk membeli but koboi, baju-T bertulis "You can kiss my Dallas" serta seekor patung rakun bernilai AS$750 (RM3,065). Gelagatnya pulang ke Norway sambil memegang patung rakun itu mengundang gelak ketawa peminat, malah produk dikenali sebagai Whiskey Raccoon itu dilaporkan habis dijual selepas kisah pembeliannya tular. Di belakang Haaland dan Vozinha ialah pemain tengah England, Jude Bellingham, yang menyaksikan jumlah pengikutnya meningkat sebanyak 12 juta daripada 41.3 juta kepada 53.3 juta. Bellingham tampil cemerlang apabila meledak tujuh gol untuk membantu England mara ke separuh akhir. Cristiano Ronaldo turut menikmati pertambahan pengikut walaupun sudah memiliki 665.6 juta sebelum kejohanan bermula, dengan jumlah itu kini meningkat kepada 677 juta. Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, yang membantu negaranya muncul juara dunia, memperoleh tambahan 11 juta pengikut untuk menjadikan jumlah keseluruhan 54.3 juta. Kapten Argentina, Lionel Messi, pula menambah 7.5 juta pengikut daripada 506.5 juta kepada 514 juta. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

Top 30 Legendary Red Card In Football History

The Royal Family receives the Spanish National Football Team in an audience
![[LANGSUNG] Sidang media Pakatan Harapan | 23 Julai 2026](https://i.ytimg.com/vi/h0etXFOB57g/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEnCNACELwBSFryq4qpAxkIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAG4AvMY&rs=AOn4CLDgYO2UqghTBZM3DKWG3AS2IlquFQ&usqp=CCY)
[LANGSUNG] Sidang media Pakatan Harapan | 23 Julai 2026

Polis tumpaskan Geng Lakino Garuda dalang kes curi kabel solar RM912,000

Erling Haaland Funny Moments

Why the Pyramid dream is a lie - and the scam, too

POV: Kamu Hidup Sebagai Biarawati di Abad Pertengahan

PENJENAYAH YANG MENJADI AHLI PARLIMEN

Tear-jerker 😭 What Lamine Yamal Did After Finding Out Palestine Celebrated Spain's Victory

Funny Football Moments That Actually Happened 😂

Tular aksi 'Superman' di Jalan Pintasan Kuantan, tiga gadis didakwa di mahkamah

Why Argentina Deserved To Lose The World Cup

REVEALED: IS GERMANY HOLDING TALKS WITH RUSSIA?

MÖBELHÄUSER Giganten im TEST (Mit kompletter Enttäuschung) 🤯

Trump’s Cabinet Is on TikTok, Conservatives Move Iran Goalposts & TDS Turns 30 | The Daily Show

Dari USA ke Malaysia, Wan Kuzain sudah sampai! Hujan lebat bukan alasan, latihan tetap diteruskan!

BYD: The Biggest Fraud in the Auto Industry

Spain vs Argentina | Final Penalty Shootout 2026 Simulation | Messi vs Yamal | eFootball PES 2021

Tour de France 17. Etappe Highlights: Spannender Kampf der Spitzengruppen | Sportschau

