ASAM REBUS IKAN TERPALING SIMPLE DAN SEDAP| MENU DIET PEMBUKA SELERA

Assalamualaikum,hye semua...kalini Dayang nak kongsikan Resepi ASAM REBUS TERPALING SIMPLE DAN SEDAP! Menu pembuka selera untuk sesiapa sahaja yang gemarkan hidangan ringkas,yang tak sedap badan atau hilang selera makan,boleh cuba resepi ini kerana Dayang sendiri tak pernah jemu untuk menikmatinya sejak dari kecil lagi. Menu ni juga sesuai untuk mereka yang ber"DIET" kerana tidak menggunakan minyak dan tiada bahan lemak tepu atau bahan proses langsung,semuanya bahan segar semata-mata😁. Asam rebus ni kita masak kuahnya mestilah cair dan masam masam sikit,pedas sikit barulah sempurna asam rebusnya.Lawankan dengan ikan goreng, telur masin,sambal belacan dan ulaman,perghhhh saat menghirup kuahnya memang tak nampak dah siapa yang lalu waima mak mertua sekalipun sebab mata terpejam dek keenakan kuah asam rebus yang mengancam ni,jom semua cuba resepi yang sangat mudah tapi sedap dari Dayang Suri Channel ni,jangan lupa untuk Subscribe, Like,Komen dan Share jika video ini bermanfaat ya,terima kasih semua. Bahan-Bahannya 1 ekor ikan Siakap saiz sederhana atau besar 3 tangkai cili merah 5 tangkai cili hidup@ cili padi 1 batang kunyit hidup 6 ulas bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 batang serai 1 biji tomato buah 1 genggam daun kesum 6 biji kacang bendi 1 keping asam gelugor Cara masak dan tips lengkap boleh tonton di video ya,pastikan tengok video sampai habis untuk cara masak yang lengkap,barulah masakan menjadi sedapp gitu😉 #asampedas #asamrebus #ikan #masakansimple #masakanrumahan #dayangsuriresepi #masakmasak #pedas #asam