5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR
Backsplash dinding dapur adalah cara paling mudah untuk menaikkan mutu, nilai dan seri dapur anda. Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew hendak kongsikan 5 trend terkini backsplash dinding kabinet dapur. Uncle Andrew juga akan kongsikan beberapa kelebihan dan kekurangan backsplash, serta Uncle Andrew akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya berkenaan backsplash. Jadi, pastikan anda tonton video Uncle Andrew sampai habis. Dapur merupakan tempat yang paling mudah kotor, terutama sekali bahagian dinding tempat kita memasak atau mencuci. Apa yang dimaksudkan dengan backsplash? Dan adakah anda perlu memasangnya? Fungsi utama backsplash adalah untuk melindungi dinding antara countertop dan bahagian bawah kabinet dinding dapur kita daripada pelbagai kotoran. Apa yang paling penting, material yang kita gunakan hendaklah tahan terhadap kotoran yang terpercik padanya. Sebagai contoh air atau percikan minyak. Adakah kita perlu ada backsplash? Semestinya tidak, tetapi backsplash sangat praktikal dan dapat memberikan impak besar bagi konsep rekaan dapur anda. Secara peribadi, Uncle Andrew mengesyorkan anda untuk memasang backsplash didapur. Material apa yang selalu digunakan untuk backsplash? Ada banyak pilihan material untuk backsplash. Jom kita tengok antara material yang popular dan sering digunakan. Pertama, jubin porcelain atau seramik Salah satu kelebihan backsplash jenis jubin, ianya terdapat dalam perlbagai variasi corak dan warna. Jubin tahan lasak, senang untuk dijaga dan boleh tahan bertahun lamanya jika dipasang dan dijaga dengan betul. Tetapi, kesan sambungan antara jubin jelas kelihatan. Oleh itu, kesan minyak dan kotoran sukar untuk dibersihkan di bahagian celahan sambungan tersebut. Hendak dapatkan jubin yang sama warna atau corak juga sukar sekiranya terdapat jubin yang pecah dan hendak digantikan kemudian hari. Kedua, color glass Terdapat pelbagai pilihan warna, corak dan saiz. Permukaan kaca yang berkilat menjadikan ruangan dapur anda kelihatan moden dan minimalis. Kaca akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan ia tidak mempunyai kesan sambungan. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan senang dijalankan. Tetapi kaca boleh pecah jika berlaku perubahan suhu yang sangat ketara serta hentakan yang kuat. Ketiga, material countertop Material seperti quartz stone, marble, porcelain dan granite sangat sesuai dijadikan backsplash. Terdapat banyak pilihan warna, corak dan kualiti dipasaran. Material countertop akan dipotong mengikut saiz yang tuan rumah mahukan. Ia boleh dipasang pada ruang antara tempat masak dan penyedut asap atau sepanjang dinding antara countertop dan kabinet dinding. Permukaan backsplash nampak lebih kemas dan mudah dicuci kerana tiada joining. Keempat, stainless steel Jika anda inginkan gaya industrial, backsplash stainless steel adalah pilihan yang tepat. Stainless steel sangat mudah untuk dibersihkan ia tidak akan retak atau pudar warnanya. Pemasangannya juga mudah dan cepat. Tetapi zaman sekarang kita sudah jarang lihat pengggunaan stainless steel sebagai backsplash dirumah. Kelima, cermin kaca atau mirror glass Pantulan cahaya pada mirror glass dapat membuatkan ruang dapur anda kelihatan luas serta dapat meningkatkan lagi pencahayaan didapur anda dengan pantulan cahaya semula jadi dan tiruan. Mirror backsplash nampak menarik apabila bersih, tetapi tidak bergitu menarik apabila ianya kotor. Setiap percikan minyak atau air basuhan akan jelas kelihatan pada cermin. Jadi ada perlu mencucinya dengan kerap. Sekarang Uncle Andrew akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya tentang backsplash. Adakah backsplash dan countertop perlu sama? Anda boleh pilih material yang sama dan anda jugak tidak perlu pilih material yang sama. Mempunyai backsplash memberi anda peluang untuk menambahkan lagi warna dan tekstur pada dapur anda. Walaubagaimanapun, mempunyai backsplash yang sepadan dengan countertop merupakan trend terkini dan nampak lebih kemas dan menarik. Adakah backsplash perlu dipasang sebelum countertop? Tidak! Countertop sentiasa perlu dipasang dahulu, supaya sebarang ukuran untuk backsplash boleh diambil dari countertop sehingga ke bahagian bawah kabinet dinding. Jadi, apa material backsplash yang anda akan gunakan untuk dapur anda? Kongsikan dengan Uncle Andrew pada ruang komen dibawah.

MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR

Porcelain Slab

LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

TIPS DAPUR KECIL KELIHATAN BESAR

BLENO Kabinet Dapur Aluminium Euro Design

Kesilapan Bina Dapur

Trend Terkini Warna Kabinet Dapur

Table top kabinet dapur ada 3 jenis gaya pilihan

CARA MEMILIH DAPUR MASAK YANG SESUAI

Selepas Usia 60, Makan Sayur Ini Setiap Hari Boleh Memendekkan Jangka Hayat 10 Tahun Tanpa Disedari

12 Kitchen Trends Taking Over in 2026 (Do This Instead)

Cara Jimat Nak Buat Kabinet Dapur

How To Install a PERFECT Tile Backsplash (All Materials, Tools and Prices Included)

Undermount Sink vs Topmount Sink

Petua Selamat Menghalau Lipas

Pakej Rumah Murah 52K Termasuk Kos Peguam

QUARTZ 23JUN2021

DIY Sendiri Fluted Panel, Jimat RM3k Duit Abang !!!

BETULKAH KEDUDUKAN PLUG POINT ANDA SELAMA INI

