TIPS DAPUR KECIL KELIHATAN BESAR
8 Tips Dapur Kecil Kelihatan Luas Bukan semua orang mempunyai ruang dapur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal dia perumahan jenis flat. Walaupun dapur yang besar dan luas menjadi idaman, realitinya ramai antara kita mempunyai dapur kecil yang terasa sempit dan sesak. Tetapi ada banyak cara untuk membuatkan dapur anda kelihatan besar tanpa melibatkan kos yang tinggi. Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak kongsikan 8 tips untuk menjadikan dapur kecil kelihatan luas dan kemas. Ruang kecil susah untuk buat deco, betul ke? Bagi anda yang tertanya-tanya macam mana hendak nampakkan dapur lebih luas, pastikan anda tonton video Uncle Andrew sampai habis. Apa yang membuatkan dapur kecil kelihatan lebih luas? Pertama, gunakan warna putih atau cerah Warna gelap dalam ruang kecil boleh membuatkan sesuatu ruang kelihatan sesak dan sempit. Gunakan warna putih atau terang pada kedua-dua dinding dan kabinet anda untuk memantulkan cahaya di sekeliling dapur anda dan menjadikannya lebih besar. Tambahan lagi, dapur bewarna putih merupakan trend sepanjang zaman. Sekiranya anda mahu gabungkan warna lain bersama warna putih pastikan gabungan warna tersebut tidak terlalu banyak sehingga nampak serabut. Kedua, gunakan rak simpanan jenis terbuka Anda boleh fikirkan untuk menggunakan rak jenis terbuka pada dinding dapur anda. Ini dapat membuatkan dapur kelihatan lebih luas dan terbuka. Selain itu, ia juga dapat memudahkan anda mencapai barang yang perlu. Tetapi ia juga ada kekurangan, dimana rak anda akan senang terdedah pada habuk, dan perlu dicuci dengan kerap. Ketiga, pintu kaca Menggantikan pintu kabinet dengan pintu kaca akan menambah kedalaman visual ke dapur anda dan membuatkan dapur anda kelihatan lebih luas. Kabinet pintu kaca ini praktikal jika anda menyimpan barang didalam kabinet dengan tersusun dan kemas. Jika tidak ia akan kelihatan tidak kemas dan serabut. Keempat, penggunaan cermin Menggunakan backsplash daripada cermin membuatkan ruang dapur anda nampak lebih luas. Permukaan berkilat boleh memantulkan cahaya dan menjadikan ruangan terasa lebih luas. Kelima, cahaya semula jadi Cahaya semula jadi yang memancar masuk ke dalam dapur kecil anda, menjadikannya kelihatan lebih luas. Elakkan letak atau sangkut barang dapur pada tingkap kerana ia akan menghalang cahaya daripada masuk ke ruang dapur. Keenam, simpan barang atau peralatan yang jarang digunakan Barang yang jarang digunakan boleh disimpan ke satu ruangan khas, bagi mengelakkan dapur anda penuh dengan barang dan nampak serabut. Susun peralatan dapur anda secara praktikal supaya nampak teratur dan senang dicapai. Ketujuh, pasang lampu pada bawah kabinet Jangan lupa untuk menggunakan pencahayaan di dapur anda untuk menjadikannya lebih besar. Dengan memasang lampu pada bawah kabinet dapat ia dapat membuatkan ruangan anda lebih luas. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu anda melihat dengan lebih jelas semasa penyediaan makanan. Kelapan, lantai dapur Ramai tuan rumah tidak sedar, pemilihan material lantai dapur memberikan kesan menyeluruh terhadap ruangan dapur. Jika anda ingin dapur anda kelihatan luas, pastikan anda mengunakan jubin yang besar beserta warna yang cerah. Anda sudah ada idea untuk deko dapur kecil anda supaya ruang dapur anda nampak lebih luas dan selesa? Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR

ADAKAH ANDA MEMILIH SAIZ SINKI YANG BETUL

Ep.17: New kitchen cabinet 🧸

5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR

Episod 1 : Ubah Suai Dapur Basah Impian Tanpa Arkitek/Kontraktor

TOP life hacks you’ll wish you knew sooner

Design & Construction Kitchen Table Family - Easy Install Kitchen Table With Ceramic Tiles

KONSEP KABINET DAPUR MODEN

HOUSE TOUR EP 46: RUMAH PANGSAPURI SELANGORKU | CANTIK YA AMAT!

Paling senang pasang.. Perempuan pun boleh buat perabot sendiri | Kabinet + Tanggam

20 Hacks that'll improve your daily life at home

HOUSE TOUR EP 101 : DAPUR MACAM SHOWROOM IKEA, KEMAS DAN CANTIK!!

Cara tutup crack dinding dan lubang siling | Comen Compilation

PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID

10 Life Changing Home Hacks You Wish You Knew Sooner

I will never fry potatoes again! This potato snack will impress everyone right away!

CARA MEMILIH DAPUR MASAK YANG SESUAI

7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR

AVOID These 10 Kitchen Trends You Will Hate in 6 Months (Architect Explains)

