PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMASANG SILING KAPUR
PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMASANG SILING KAPUR Anda baru dapat kunci rumah baru idaman anda? Mesti nak renovate rumah bagi cantik ikut citarasa anda, betul? Salah satu yang perlu diubahsuai sudah tentu siling asal rumah. Kalau pasang siling kapur ditambah dengan hiasan lampu yang menarik mesti rumah anda menjadi sangat cantik. Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew hendak kongsikan dengan anda 3 perkara yang perlu anda tahu sebelum memasang siling kapur. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah. Yang pertama pilihan design. Terdapat banyak design siling kapur yang boleh anda pilih seperti penggunaan simple light trough yang menyerlahkan konsep moden atau penggunaan dome dan cornice yng menyerlahkan konsep klasik serta banyak lagi pilihan design yang lain.tetapi! Pilihan design mestilah menitik beratkan kesesuain setiap ruangan secara menyeluruh. Kerana selagi mana gabungan design yang dipakai bersesuaian dengan keadaan sesuatu ruang, ianya akan menjadikan ruangan anda cantik! Yang kedua, kerja pendawaian. Sangat digalakkan untuk kerja-kerja pendawaian dijalankan terlebih dahulu bagi memudahkan semua pihak. Jika kerja pendawaian dilakukan selepas kerja siling kapur, wireman terpaksa menebuk siling untuk tarik wayar dan ini menyebabkan kerja mereka lambat siap. Malah tukang siling terpaksa membaiki semula siling kapur dan kos membaiki terpaksa ditanggung oleh tuan rumah. Yang ketiga , ketinggian siling. Salah satu perkara yang kita tidak mahu berlaku ialah mempunyai siling yang terlalu rendah. Siling yang rendah akan menyebabkan rumah kelihatan kecil dan sempit. Ketinggian siling dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ketinggian beam & slab rumah dan juga design siling. Bahkan jenis penggunaan lampu dan aircond juga boleh mempengaruhi ketinggian siling kapur.lampu downlight jenis plc memerlukan ruang atas siling yang lebih besar disebabkan saiz perumahnya yang tinggi.begitu juga jika menggunakan aircond siling (cassatte). Situasi ini akan mempengaruhi ketinggian siling secara tak langsung. Paling menakutkan, apabila siling rendah, ia akan menyebabkan ketinggian kipas siling dari lantai juga rendah. Berkemungkinan bilah kipas akan mencederakan seseorang. Ketinggian 9-10 kaki tinggi adalah ketinggian yang baik selepas memasang siling kapur. Ia akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas. Siling plaster boleh dipasang di mana-mana bilik di rumah, bilik air dan juga dapur. Ianya bukan sahaja membantu menutup wayar-wayar dan paip-paip yang kelihatan dan terdedah, tetapi juga boleh menjadi titik penting bagi ruangan anda dalam mempersenikan lagi reka bentuk ruangan anda. Semoga dengan sedikit tips yang Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda dalam proses menempah siling kapur. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin berkongsi tips mengenai siling kapur, beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Cara Pengiraan Plaster Siling

Professional Skills Installing Gypsum Boards On Bedroom Ceilings New Style Quickly And Firmly

PETUA PENTING SEBELUM MEMBELI DOWNLIGHT

TIPS MEMILIH KIPAS SILING YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN ANDA

The easiest way to make a simple and beautiful gypsum board with paint and lighting

Jom belajar pasang siling kapur

Construction And Installation Techniques Of Modern Luxury Gold-Plated Gypsum Ceiling

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KONKRIT TOP

5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR

Unbelievable Workers | Working with Talented Engineers #46 #fail #adamrose #smartworkers

Everything you need to get started with Profile LED | Practical explanation for beginners💯🥳

Cara dan teknik pemasangan siling L Box

Cara Dasar pasang rangka ceiling flat.

LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

How to make a gypsum ceiling with lighting from the wall side

A new and very easy way to install gypsum board decor

Pinoy Architect Reacts To Alex Gonzaga House

Cara pasang plafon PVC bertingkat untuk kamar tidur

HOUSE TOUR EP 62 : RUMAH SELANGORKU KAKI DEKO NAIEMAH, DALAM CUN HABIS!
![2022 DESIGN ] RAHSIA CARA BUAT TABLE TOP DAN CARA GOSOK HUJUNG TILES JADI KEMAS CANTIK LICIN.](https://i.ytimg.com/vi/-oGPqc01clk/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDJW7jmPGcg715hhpYt4OAtFRNYAw)
