PRN Johor: Fenomena 'Onn tak Onn' adalah 'real' - Asyraf Wajdi

Fenomena 'Onn tak Onn' yang dilihat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 menjadi bukti penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata fenomena itu juga menunjukkan isyarat bahawa rakyat sudah mengenali figura itu dan calon Barisan Nasional (BN) bukan hanya muncul dengan janji-janji ketika berkempen. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan program Himpunan Usahawan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) di Johor Bahru pada Rabu 8 Julai. Beliau menjawab soalan sama ada penyertaan calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO pada PRN Johor kali ini akan memberi kesan undian rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Asyraf yang juga Pengerusi MARA berkata, beliau yakin dengan BN Johor yang dilihat mempunyai kekuatan tersendiri. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my