Mahkamah Tinggi batalkan saman pemula tiga bekas ADUN terhadap Speaker DUN Perlis

Mahkamah Tinggi di Kangar, pada 8 Julai, membenarkan permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan, untuk membatalkan saman pemula difailkan oleh tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini berhubung isu kekosongan kerusi DUN. Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati keputusan Rus'sele adalah muktamad, kebal daripada siasatan kehakiman, dan tidak boleh dicabar di mahkamah selaras Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan serta prinsip pengasingan kuasa. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20... ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my