RETROSPEKTIF : TUN IN PEKING - FORMAL MEETING (1974)

#LensaFINAS #RetroSpektifSinema FINAS mempersembahkan program istimewa Retrospektif dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘TUN IN PEKING – FORMAL MEETING (1974)’, terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS). Dokumentari ini merakamkan detik bersejarah pada 31 Mei 1974, apabila YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian bagi menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China yang diwakili oleh Perdana Menterinya, Chou En Lai. Upacara penuh bersejarah ini telah dimeterai di Peking, menandakan era baharu dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China. Dalam ucapannya, Perdana Menteri Republik Rakyat China mengalu-alukan pengukuhan hubungan yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak lebih dua ribu tahun dahulu. 📅 Saksikan tayangan eksklusif ini pada 17 Oktober 2025 (Jumaat), jam 9.00 malam hanya di YouTube FINAS Malaysia. 📍 Tonton di sini:    • RETROSPEKTIF : TUN IN PEKING - FORMAL MEET...   Jangan lupa Like, Comment, Share dan Subscribe saluran YouTube FINAS Malaysia untuk lebih banyak kandungan arkib dan dokumentari hebat! #FilemKitaCitraKita #FINASMalaysia #MalaysiaMADANI #KementerianKomunikasi #Retrospektif #China