RETROSPEKTIF : HARI KEBANGSAAN 1985 'NASIONALISME TERAS PERPADUAN' (1985)
#LensaFINAS #RetroSpektifSinema FINAS mempersembahkan program istimewa Retrospektif dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘HARI KEBANGSAAN 1985 “NASIONALISME TERAS PERPADUAN” (1985)’, terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS). Dokumentari ini merakamkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1985. Sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-28 ini telah diadakan di Padang Pahlawan, Banda Hilir, Melaka dengan tema "Nasionalisme Teras Perpaduan". Pada pagi 31 Ogos 1985, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli menghadiri sambutan ini. Ketibaan baginda disambut oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Ketua Menteri Melaka, serta para dif kehormat. Pada sebelah petangnya, sempena sambutan hari bersejarah ini, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, telah diarak dalam satu perarakan khas. Beliau diiringi oleh YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, dan YAB Ketua Menteri Melaka bagi merasmikan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Melaka. Sambutan ini diteruskan sehingga ke sebelah malam dengan pelbagai acara menarik seperti persembahan pancaragam, pertunjukan seni dan budaya, serta perarakan kereta berhias. 📅 Saksikan tayangan eksklusif ini pada 29 Ogos 2025 (Jumaat), jam 9.00 malam hanya di YouTube FINAS Malaysia. 📍 Tonton di sini: • RETROSPEKTIF : HARI KEBANGSAAN 1985 'NASIO... Jangan lupa Like, Comment, Share dan Subscribe saluran YouTube FINAS Malaysia untuk lebih banyak kandungan arkib dan dokumentari hebat! #FilemKitaCitraKita #FINASMalaysia #MalaysiaMADANI #KementerianKomunikasi #Retrospektif #HariKebangsaanMalaysia #31ogos #Merdeka #hkhm2025

RETROSPEKTIF : ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KE-3, MAJLIS PARLIMEN YANG KE-5 (1981)

RETROSPEKTIF : KEMANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG II (1960)

Sanusi: 'DAP boleh lenyap di Kedah, PKR pula bakal hilang Sidam dan Bakar Arang'

RETROSPEKTIF : JAMBATAN PULAU PINANG (1985)

Brunei national day parade1984

Kuala Lumpur 1994

RETROSPEKTIF: TUN MUSTAPHA (1966)

PANAS UCAPAN PMX ANWAR NAIK ANGIN, PELANCARAN JENTERA PH PRN N9 2026

Kejatuhan Melaka dan Permulaan Era Penjajahan Portugis

GERMANY • Road to Victory - 1990 World Cup

RETROSPEKTIF : PERTABALAN DYMM SPB ALMUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR, YDP MALAYSIA KE-8 (1984)

RETROSPEKTIF: KUBU HUTAN (1953)

Perkahwinan Diraja Pahang dan Johor pada tahun 1986

EDISI SIASAT ? PENDATANG ROHINGYA ANTARA KEMANUSIAAN DAN KEUNTUNGAN ? SIAPA DALANGNYA - ZRA STRIM

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

THE 10 MOST IMPRESSIVE MILITARY PARADES IN THE WORLD

RETROSPEKTIF : GASING (1973)

Kuala Lumpur, Malaysia 1998

Tamil movie / Ethirkaalam / Malaysian movie https://youtu.be/ZBP9a3meLw4?si=nAq41Mls2w11fYCY

