Pengemis Rohingya Bazar Ramadan

Pengemis Rohingya Di Bazar Ramadan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperhebatkan operasi di beberapa kawasan ‘hotspot’ yang menjadi tumpuan pengemis di sekitar ibu kota. Operasi yang digerakkan pada jam 11:00 pagi mengesan seorang lelaki tempatan yang duduk di kaki lima kedai sambil menghulurkan tangan untuk meminta sedekah. Siasatan awal mendapati, bekas pengawal keselamatan ini pernah dipulangkan ke pangkuan keluarga di Melaka setelah giat melakukan aktiviti pengemisan sejak tahun 2019. Sementara itu, aksi seorang wanita tempatan yang sedang berebut port untuk meminta sedekah dengan pengemis lain di Jalan Masjid India mencuri perhatian pihak berkuasa. Pihak JKM akan melakukan siasatan terperinci ke atasnya kerana terdapat segelintir pengemis yang sanggup menipu agama dan berpura-pura sakit untuk meraih simpati bagi mendapatkan wang secara mudah di bulan Ramadan. Selain itu, kelompok warga asing turut dikesan mengambil kesempatan untuk meminta sedekah kerana kegiatan itu dikatakan lumayan sehingga ada yang mampu memperoleh ribuan ringgit sebulan. Bazar-bazar Ramadan di ibu kota ini turut menjadi tumpuan pengemis golongan kanak-kanak yang dibiarkan berkeliaran di sini untuk meminta sedekah tanpa penjaga mereka dan pihak JKM mengambil tindakan dengan menyelamatkan mereka daripada terdedah dengan ancaman bahaya di Kuala Lumpur. Kanak-kanak lelaki warga asing, dikenali sebagai ‘Long Tiger Junior’ yang pernah tular disebabkan aksinya meminta sedekah secara agresif, antara yang diselamatkan menerusi operasi ini. Turut diselamatkan ialah kanak-kanak perempuan warga asing ini yang didakwa dipaksa oleh bapanya untuk meminta sedekah di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang. Ekoran itu, bapa kepada pengemis kanak-kanak ini diminta untuk hadir ke pejabat JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Namun, bapa kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu dipercayai melarikan diri menerusi pintu belakang dan sanggup meninggalkan anaknya tanpa belas kasihan. Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh, sepanjang tahun lalu sehingga Mac 2023, pihaknya telah menyelamatkan 369 pengemis dan 169 daripadanya terdiri daripada warga asing. Pihak JKM turut menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan aduan dan maklumat mengenai pengemis menerusi Talian Kasih, 15999. Kesemua pengemis yang diselamatkan oleh pihak JKM akan disiasat di bawah Akta Orang Papa 1977. Laporan: Tun Hizami Hashim #999tv3 #jenayahmembawapadah

Imigresen Gempur Kuala Lumpur: 60 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Operasi Besar-Besaran
▶︎

Imigresen Gempur Kuala Lumpur: 60 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Operasi Besar-Besaran

Pukul, Toreh & Bakar Teman Wanita Di Sungai Besar
▶︎

Pukul, Toreh & Bakar Teman Wanita Di Sungai Besar

Nekad panjat bumbung demi elak dicekup! 73 warga asing ditahan dalam serbuan imigresen di Rawang
▶︎

Nekad panjat bumbung demi elak dicekup! 73 warga asing ditahan dalam serbuan imigresen di Rawang

4,000 hingga 5,000 jemaah iftar di Masjid TNB setiap hari
▶︎

4,000 hingga 5,000 jemaah iftar di Masjid TNB setiap hari

Warga Rohingya akui pemilik tanah sendiri sewakan penempatan
▶︎

Warga Rohingya akui pemilik tanah sendiri sewakan penempatan

TALI BARUT I SPRM BONGKAR SINDIKET SELUDUP WARGA ASING DI KLIA
▶︎

TALI BARUT I SPRM BONGKAR SINDIKET SELUDUP WARGA ASING DI KLIA

Operasi Pengemis di sekitar Ibu Kota oleh JKM (18 April) | Laporan Khas 999 (TV3)
▶︎

Operasi Pengemis di sekitar Ibu Kota oleh JKM (18 April) | Laporan Khas 999 (TV3)

200 Individu Diperiksa di Pelangi Damansara, Warga Asing Disyaki Langgar Undang-Undang Imigresen
▶︎

200 Individu Diperiksa di Pelangi Damansara, Warga Asing Disyaki Langgar Undang-Undang Imigresen

INSIDEN | OKU Maut Terjatuh Di Landasan LRT Titiwangsa
▶︎

INSIDEN | OKU Maut Terjatuh Di Landasan LRT Titiwangsa

Restoran Kotor Puncak Alam
▶︎

Restoran Kotor Puncak Alam

630 PATI Ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di Klang
▶︎

630 PATI Ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di Klang

Warga Rohingya Paling Ramai Ditahan Dalam Op PEWA Di Puchong (B9)
▶︎

Warga Rohingya Paling Ramai Ditahan Dalam Op PEWA Di Puchong (B9)

Polis siasat video pelajar UiTM berpakaian seperti kumpulan pelampau bangsa
▶︎

Polis siasat video pelajar UiTM berpakaian seperti kumpulan pelampau bangsa

Most Beautiful & Professional Korean Toast Master, Selling 500 Toast a day! l Korean Street Food
▶︎

Most Beautiful & Professional Korean Toast Master, Selling 500 Toast a day! l Korean Street Food

Siapa Hantar Tiga Ekor Gajah Kita ke Jepun? NGO Desak Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Segera!
▶︎

Siapa Hantar Tiga Ekor Gajah Kita ke Jepun? NGO Desak Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Segera!

KES TIKAM PELAJAR | Jasad Mendiang Yap Shing Xuen Selamat Disemadikan
▶︎

KES TIKAM PELAJAR | Jasad Mendiang Yap Shing Xuen Selamat Disemadikan

EXPOSED: Inside the World’s Largest Chicken Hatchery – Egg to Chick Like You’ve Never Seen
▶︎

EXPOSED: Inside the World’s Largest Chicken Hatchery – Egg to Chick Like You’ve Never Seen

2 Beradik Disyaki Simpan Dadah RM1.76 Juta Di Rumah Pusaka #MGFlash
▶︎

2 Beradik Disyaki Simpan Dadah RM1.76 Juta Di Rumah Pusaka #MGFlash

Norwegen – Senegal Highlights | Gruppe I, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

Norwegen – Senegal Highlights | Gruppe I, FIFA WM 2026 | sportstudio

"Pegawai SPRM bersubahat?" | BENG HOCK JATUH DARI TINGKAP PEJABAT SPRM SHAH ALAM
▶︎

"Pegawai SPRM bersubahat?" | BENG HOCK JATUH DARI TINGKAP PEJABAT SPRM SHAH ALAM