SUASANA HARI PERTAMA LAPOR DIRI PELATIH PLKN 3.0, SIRI 3/2025 KEM REJIMEN 515 ASKAR WATANIAH, KL
GENERASI MUDA SEDIA BERBAKTI: 529 WIRAMUDA PLKN 3.0 SIRI 3/2025 LAPOR DIRI DI DUA KEM ASKAR WATANIAH BAGI SIRI PERCUBAAN TERAKHIR TAHUN INI Kuala Lumpur, 7 September 2025 – Seramai 529 wiramuda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 3 Tahun 2025 telah melaporkan diri di dua kem Askar Wataniah yang terpilih pada siri percubaan terakhir tahun ini. Setakat jam 12.00 tengah hari, seramai 279 wiramuda lelaki telah melaporkan diri di Kem 505, Pekan Pahang dan 250 Wiramuda Wanita di Kem 515, Kuala Lumpur. Pelatih-pelatih muda yang berusia 18 tahun ke atas ini merupakan kumpulan ketiga bagi tahun 2025, selepas dua siri terdahulu dilaksanakan dengan jayanya. Mereka akan menjalani latihan bersepadu yang menekankan aspek pembinaan jati diri, disiplin, semangat patriotik, kesukarelawanan dan asas ketenteraan ringan. Selain pelatih yang dipilih melalui sistem pemilihan rawak (balloting) dalam kalangan belia yang lahir pada tahun 2007, siri 3/2025 kali ini turut menerima penyertaan peserta sukarela dengan jumlah yang amat menggalakkan. Perkara ini membuktikan bahawa walaupun program PLKN 3.0 masih berada pada peringkat percubaan setelah diperkenalkan semula pada tahun ini, ia telah diterima secara positif khususnya dalam kalangan generasi muda. Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg. Dato' Haji Ya'cob bin Haji Samiran, program kali ini memberi penekanan kepada pembentukan generasi muda yang berdaya tahan serta bersedia menyumbang kepada pembangunan negara. “Kehadiran hampir 529 wiramuda ini membuktikan komitmen tinggi belia Malaysia untuk menyahut cabaran mempertahankan tanah air serta menyemai nilai kepimpinan, keberanian dan semangat setiakawan. Latihan yang bakal mereka lalui adalah satu pengalaman penting untuk membentuk insan yang lebih berdisiplin dan berwawasan,” katanya. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 merupakan inisiatif kerajaan untuk membentuk generasi muda yang berkualiti seimbang dari segi fizikal, mental, kesepaduan sosial, dan semangat patriotisme. Selain itu, latihan percubaan ini juga menyediakan ruang untuk menguji sejauh mana objektif utama program ini dapat dicapai, iaitu membangunkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara secara signifikan. Kejayaan latihan percubaan yang dilaksanakan pada tahun ini (2025) akan menjadi asas kukuh bagi pelaksanaan penuh PLKN 3.0 secara berperingkat, yang dijadualkan pada tahun 2026. Pihak JLKN khususnya Kementerian Pertahanan mengucapkan penghargaan kepada ibu bapa, penjaga serta semua pihak yang memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan PLKN 3.0.

Macam-macam reaksi, ada yang lupa nama sendiri

God Says:"DON’T IGNORE THIS IMPORTANT LETTER I SENT YOU"/God Message Now/God Message

Sharing bersama 2 akademisi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia

PVATM AS Untuk Karnival Inovasi Kebangsaan Madani 2026 Di UUM

2026 Relaxing Piano & Birdsong 🕊️ Calm Mind, Deep Sleep, Stress Relief & Peaceful Nature Ambience

PROGRAM EKSPEDISI STUDI & ORIENTASI NASIHAT AKADEMIK 2025 (PESONA25)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS AMALI: PENGHASILAN STOK PUTIH (STOK AYAM)

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSFORMASI SISWA POLITEKNIK KOTA BHARU SESI 1 2026/2027

PLKN dilaksanakan di IPTA?

45 Yrs! Malaysia 1st Chinese Oil Poached Wild River Fish Love by Locals! #油浸鲶鱼 #深山榴莲 #durian

Brasilien – Norwegen Highlights | Achtelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio

Latihan Abseiling & Rapelling Wiramuda PLKN 3.0 Siri 2/2026 Kem Malbatt Village | 19-20 Mei 2026

Sidang Media (PC) KP JLKN, Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 2/2026 | Kem 505 Pekan Pahang 8 Jun 2026

God Says:"DON’T IGNORE MY MESSAGE, LISTEN TO IT"/God Message Now/God Message

Perbarisan tamat latihan parajurit muda siri 2024/2025

Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi

Musim 2 EP2 Generasi Varsiti : Laluan Alternatif ke UKM (Bahagian 1)

PLKN
![[LIVE] SAF Day Parade 2026](https://i.ytimg.com/vi/14LNgUrYhiE/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDZCG5HQiY0r0IR4S9UAKCmG-Mdww)
[LIVE] SAF Day Parade 2026

