PLKN dilaksanakan di IPTA?
๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ฃ๐ง ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐ฃ๐๐๐ก) ๐ฏ.๐ฌ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ช๐๐ TANJONG MALIM, 16 Jun 2026 โ Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti kemungkinan memperluaskan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada masa hadapan bagi memperkukuh pembentukan jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, cadangan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada perbincangan lanjut bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi menentukan kaedah dan fasa pelaksanaannya. Menurut beliau, penyelarasan program berkenaan akan diuruskan oleh Ketua Pengarah JLKN, Mejar Jeneral Datuk Marzuki Hj. Mokhtar, termasuk menentukan sama ada penyertaan IPTS akan dilaksanakan serentak atau secara berperingkat selepas penglibatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). โ๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐จ ๐ฅ๐๐ก๐๐ ๐จ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ ๐๐๐๐ผ, ๐ ๐๐ฉ๐ ๐๐ ๐๐ฃ ๐ข๐๐ก๐๐๐๐ฉ ๐ ๐๐ข๐ช๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ก๐ช๐๐จ๐ ๐๐ฃ ๐ฅ๐ง๐ค๐๐ง๐๐ข ๐๐ฃ๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐. ๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ข๐๐จ๐ช๐ ๐ช๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐ข๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐ง๐๐๐๐๐ฃ ๐ฃ๐๐๐๐ง๐ ๐จ๐๐ง๐ฉ๐ ๐ช๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐จ๐ฎ๐๐ง๐๐ ๐๐ฉ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ ๐๐ง๐๐๐๐๐ฃ (๐๐๐พ) ๐จ๐๐ฅ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐ (๐๐๐๐), ๐๐ช๐ก๐ฉ๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ฎ (๐๐๐) ๐๐๐ฃ ๐๐ฃ๐จ๐ฉ๐๐ฉ๐ช๐จ๐ ๐ก๐๐๐ฃ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฉ๐๐ฃ,โ katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Rintis Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Peringkat Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Datin Roszanina Wahab; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman Marzuki; Ketua Pengarah JLKN, Mejar Jeneral Datuk Marzuki Hj. Mokhtar serta Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff. Mengulas pelaksanaan program rintis tersebut, Dr. Zambry berkata UPSI dipilih sebagai universiti awam pertama melaksanakan PLKN 3.0 dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Seramai 1,005 pelajar baharu program diploma UPSI bagi ambilan Jun 2026 telah terpilih menyertai program tersebut, melibatkan 567 pelatih lelaki dan 438 pelatih perempuan. Menurut beliau, KPT memberikan komitmen penuh bagi memastikan pelaksanaan PLKN 3.0 di institusi pengajian tinggi berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat cintakan negara. โDi peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, kita memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan PLKN 3.0 dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. โSelepas ini, kita juga merancang untuk memperluaskan pelaksanaan program ke politeknik dan kolej komuniti. Namun pada peringkat awal, tumpuan diberikan kepada IPTA terlebih dahulu,โ katanya. Program Rintis PLKN 3.0 Peringkat Universiti Awam merupakan inisiatif strategik kerajaan dalam memperluaskan pelaksanaan latihan khidmat negara kepada mahasiswa, sejajar dengan aspirasi memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan kepimpinan generasi muda negara. ยฉ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) #JLKN #PLKN #WIRAMUDANEGARA #MindefMalaysia #taatsetia #ATM #MADANIKesejahteraan #MADANIBerbakti #JatiDiriMalaysia #NadiMalaysia #NADIMCMC #NADIOFFICIAL #MCMC #PMX #UPSI

Latihan Pandu Arah Wiramuda PLKN 3.0 Siri 2/2026 Kem Malbatt Village | 13 Mei 2026

โThe Malaysian government might be doing its job too wellโฆโ - World Bank Lead Economist

Acte de presa de possessiรณ del Rector, Jesรบs Lancis, i de l'Equip de Govern (1/7/2026)

MAJLIS PERASMIAN SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SABAH (SUIPTS)

Sheโs 12. She Sings Aretha Franklinโฆ Until Simon TELLS Her to Do It Acapella! ๐ณ

MAJLIS PERASMIAN IPD ISKANDAR PUTERI JOHOR

EP204 | Analisis Kempen PRN Johor 2026, Future Speaks

Santo Rosรกrio | Sexta-feira | 04:00 | 12/06/2026 | Live Ao vivo

Latihan Abseiling & Rapelling Wiramuda PLKN 3.0 Siri 2/2026 Kem Malbatt Village | 19-20 Mei 2026

Apabila Ustaz Kazim Elias Bertemu Syamsul Debat, Memang Pecah Pentas! ๐

ูุงูู 36 | ุณูุณูุฉ ุชุฐูู ุงูุนุจุงุฏุงุช - (1) ุงูุตูุงุฉ | ู ุน ุฏ. ุฃุญู ุฏ ุงูุนุฑุจู

Was du รผber deinen Arzt nicht wissen willst

TV ART SLIDESHOW 24/7 | Vintage Floral Gallery ๐ผ4K Framed Art Screensaver for Living Room

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan @ Tangkak

Argentinien โ Kap Verde Highlights | Sechzehntelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio

What are some of the key issues facing Australia? - World Questions podcast, BBC World Service

YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN) PRIME SCHOLARSHIP | SELF INTRODUCTORY VIDEO - AISYAH HUMAIRA |

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSFORMASI SISWA POLITEKNIK KOTA BHARU SESI 1 2026/2027

Maszlee VS Rashifa: 5 Penjuru di Puteri Wangsa, Siapa Pilihan Pengundi? | EXPLAIN SIKIT EP30
![[[LIVE]]6.7.26 AIDIL ANAK MUDA DEDAH KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL. MENGAPA MASUK POLITIK?](https://i.ytimg.com/vi/j28tBrgFO7k/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLAu2RhBsitm_HjL-Nw-9ZS-2CUJHQ)
