Di TARIK Akar RESAM | Muncul Sosok Putih ketika Bulan Mengambang | Gerbang Pintu Seakan Terbuka !
#urbex #sejarah #kota #horror RALAT minit ke 0:46 " susuk " dan minit ke 36:52 " susuk " tersilap sepatotnya " SOSOK " susun 10 jari maaf atas kesilapan saya edit ketika tidak sihat dan terlepas pandang akan tulisan yang di sampaikan..🤲🏽 KOTA SELUYUT KHAZANAH BERHARGA DI JOHOR part 2 Assalamualaikom semua,kali ni kami mencari tapak bekas istana lama di bukit seluyut ini..selepas beberapa kajiaan dan meneliti beberapa perkara dengan apa yang di kongsikan oleh penduduk kampung dan maps lama..kami berjaya menemui istana lama kota seluyut..kami mengambil keputusan untuk menginap di sini agar dapat mengkaji dengan lebih lama dan dapat mendalami suasana di sini..layan semua dan selamat menonton..kami gunakan jalan yang telah di siapkan 3 hari csr kami di sini... KOTA TINGGI: Kota Seluyut yang berusia 460 tahun, memiliki warisan sejarah yang unik wajar dimajukan oleh Kerajaan Negeri. Kota yang dibangunkan oleh Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1564 itu merupakan pusat pemerintahan ketiga Kesultanan Johor Lama terletak di persisir Sungai Johor. Inisiatif memajukan kota ini bakal menjadi tarikan baharu sempena Tahun Melawat Johor 2026. Tinjauan Media Digital Johor ke kawasan ini, mendapati beberapa kemudahan prasarana seperti jalan raya, jeti dan kerja-kerja baik pulih makam diraja perlu dijalankan. Inisiatif memajukan Kota Seluyut itu akan menjadi pelengkap kepada usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara dan Yayasan Warisan Johor sejak tahun 1980-an di daerah ini. Ketika ini, Kota Sayong, Kota Batu (Johor Lama), Kota Touhid dan Kota Panchor antara kota yang telah dimajukan dan menjadi tarikan pelancong. Menurut sumber Sejarah Johor, Kota Seluyut menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Johor Kedua, Sultan Muzaffar Shah (1564 – 1570). Sultan Muzaffar membangunkan Kota Seluyut kerana kedudukan yang strategik di atas bukit Seluyut. Bukit Seluyut yang berketinggian 280 meter dari aras laut penting menjadi anjung tinjau, mengawal kapal dagang dan mengawasi pergerakan musuh terutama Portugis dan Aceh. Amad Bahri Mardi, Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kota Tinggi, berkata pada usia 460 tahun, Kota Seluyut mempunyai beberapa tinggalan sejarah yang bernilai tinggi dan berpotensi untuk dimajukan sebagai tarikan warisan sejarah. Beliau berkata, antara tinggalan sejarah yang terdapat di kota itu ialah, makam Sultan Muzaffar Shah, Sultan Abdul Jalil Shah 1, Raja Fatimah dan Bendahara Tun Isap Misai. Sultan Muzaffar adalah cucu kepada Sultan Mahmud Melaka, Sultan Abdul Jalil ialah Sultan Johor Ketiga dan Raja Fatimah adalah adinda Sultan Muzaffar yang berpengaruh dan isteri kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Johor Keempat. “Keberadaan makam Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Masai yang terletak di kaki bukit Seluyut juga menarik kerana beliau adalah bendahara kerajaan Johor dan datuk kepada Tun Seri Lanang. Tun Seri Lanang ialah bendahara yang menggantikan Tun Isap Misai sebagai Bendahara Kerajaan Johor pada tahun 1580” “Tun Seri Lanang lahir pada tahun 1565 di Seluyut, menjadi bendahara yang tersohor sebagai pengarang Sejarah Melayu@Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612. Nama beliau ialah Tun Muhammad, bondanya Tun Genggang dan ayahandanya Tun Ahmad” katanya Mohd Fariz Johari, Ketua Eksplorasi Galeri Sejarah Johor, berkata usaha memugar dan memajukan Kota Seluyut wajar dilakukan kerana kawasan ini mempunyai nilai sejarah berkaitan Kesultanan Johor Lama yang bernilai tinggi. “Tinggalan sejarah, keadaan geografi, floura dan fauna adalah nilai-nilai semulajadi yang terdapat di sekitar kota ini mesti dipelihara dan di pulihara secara berterusan dan bertanggungjawab” “Saya dan team sedia ambil tanggungjawab memelihara kawasan bersejarah ini. Kami mengharapkan sokongan daripada Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan pemimpin setempat. Kami juga akan menjalankan kerjasama strategik dengan Tourism Information Centre (TIC), Pengurusan Kota Vista dan Persatuan Sejarah untuk tugas-tugas yang mulia ini” katanya. Buat julung kali, Galeri Sejarah Johor, Kota Vista dan Persatuan Sejarah Kota Tinggi mengajurkan Program Gotong Royong Kota Seluyut Isnin lalu. Program itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Yang Berhormat Norliza Noh, PEMADAM Kota Tinggi dan JPKK Kampung Seluyut. Krew Media Digital Johor (MDJ) turut sama menyaksikan keunikan sejarah Kota Seluyut dan bersama-sama mendaki Bukit Seluyut hingga ke puncak. Credits: Music: Crash by Soundridemusic Link to Video: • Tense & Dark Cello No Copyright Cinematic ...

Misteri Yang Memelikkan Di MAKAM PANGLIMA TOK BONGKOK | Seakan Ada Sesuatu Yang MEMERHATI kami...

Tidak sangka Kami Menemui Banglo atas bukit Yang Menyimpan harta karun | terdapat banyak Galian!

SOLO AMBUSH REDAH GUNUNG JERAI, TEMPAT BUNIAN SOROK PENDAKI HILANG | SERAM PEOPLE

PENEMUAN ISTANA RAJA RIMBA DI GUA PURBA HUTAN MAWAI | MISTERI ALAM TERSINGKAP!

🔎 Live di bukit puteri, Johor. Berani x follow kami? 👣

Chegubard TERBARU DEDAH Isu Sebenar Yang Cuba Disembunyikan Kerajaan Madani?

EPS 29 : Ustaz Shafiq PRAI bawak Masuk Barang Sihir Ke Studio SOY | SembangOhhYeahh

KARYAWAN MINIMARKET YANG SANGAT MENGERIKAN SUDAH DIVONIS MATHI

𝗣𝗨𝗔𝗞𝗔 𝗘𝗣244: Diberi Paku Pontianak | @mr.ademofficial

PENJELAJAHAN DEMI MERUNGKAI MISTERI KERAJAAN KOTA KOTA LAMA JOHORE DI TEBING SUNGAI JOHOR LAMA...

TIDAK DI SANGKA Dalam Sungai Yang Tenang RUPA - RUPANYA TERSEMBUNYI RAHSIA YANG luar BIASA

DENGKIS Muncul Di hadapan Kami! Misteri KOTA SELUYUT " seorang yang bertanjak Mengucap Terima kasih.

Kami masuk Ke dalam LOBANG MISTERI BERPUAKA Dengan Kedalaman 60Kaki Ke dalam Tanah! RAHSIA tertanam!

Podcast Apa-Apa Saja : Masuk alam bunian, simpan paku pontianak, kisah Mr Adem (Part 2)

Polis Halang Undang Berempat — Atas Arahan Siapa?

Mejar Fitri (Tuan Hutan) Bongkar Misteri Alam Hutan! - Sembang Seram (Edisi Khas)

TERKEJUT!!! Dalam Batu Besar Ada GUA dan Seakan akan Pantai Di Dalamnya...| RARE!!

Gunung Ledang Mungkin Bukan Gunung Biasa… Tapi Kota Lama Yang Hilang

Kenapa Dato' Undang Empat PECAT Tunku Mukhriz? Nah Dato' Lembaga Luak Rembau BERSUARA!

