DENGKIS Muncul Di hadapan Kami! Misteri KOTA SELUYUT " seorang yang bertanjak Mengucap Terima kasih.

#sultan #makam #sejarah #history #kotatinggi KOTA SELUYUT KHAZANAH BERHARGA DI JOHOR KOTA TINGGI: Kota Seluyut yang berusia 460 tahun, memiliki warisan sejarah yang unik wajar dimajukan oleh Kerajaan Negeri. Kota yang dibangunkan oleh Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1564 itu merupakan pusat pemerintahan ketiga Kesultanan Johor Lama terletak di persisir Sungai Johor. Inisiatif memajukan kota ini bakal menjadi tarikan baharu sempena Tahun Melawat Johor 2026. Tinjauan Media Digital Johor ke kawasan ini, mendapati beberapa kemudahan prasarana seperti jalan raya, jeti dan kerja-kerja baik pulih makam diraja perlu dijalankan. Inisiatif memajukan Kota Seluyut itu akan menjadi pelengkap kepada usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara dan Yayasan Warisan Johor sejak tahun 1980-an di daerah ini. Ketika ini, Kota Sayong, Kota Batu (Johor Lama), Kota Touhid dan Kota Panchor antara kota yang telah dimajukan dan menjadi tarikan pelancong. Menurut sumber Sejarah Johor, Kota Seluyut menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Johor Kedua, Sultan Muzaffar Shah (1564 – 1570). Sultan Muzaffar membangunkan Kota Seluyut kerana kedudukan yang strategik di atas bukit Seluyut. Bukit Seluyut yang berketinggian 280 meter dari aras laut penting menjadi anjung tinjau, mengawal kapal dagang dan mengawasi pergerakan musuh terutama Portugis dan Aceh. Amad Bahri Mardi, Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kota Tinggi, berkata pada usia 460 tahun, Kota Seluyut mempunyai beberapa tinggalan sejarah yang bernilai tinggi dan berpotensi untuk dimajukan sebagai tarikan warisan sejarah. Beliau berkata, antara tinggalan sejarah yang terdapat di kota itu ialah, makam Sultan Muzaffar Shah, Sultan Abdul Jalil Shah 1, Raja Fatimah dan Bendahara Tun Isap Misai. Sultan Muzaffar adalah cucu kepada Sultan Mahmud Melaka, Sultan Abdul Jalil ialah Sultan Johor Ketiga dan Raja Fatimah adalah adinda Sultan Muzaffar yang berpengaruh dan isteri kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Johor Keempat. “Keberadaan makam Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Masai yang terletak di kaki bukit Seluyut juga menarik kerana beliau adalah bendahara kerajaan Johor dan datuk kepada Tun Seri Lanang. Tun Seri Lanang ialah bendahara yang menggantikan Tun Isap Misai sebagai Bendahara Kerajaan Johor pada tahun 1580” “Tun Seri Lanang lahir pada tahun 1565 di Seluyut, menjadi bendahara yang tersohor sebagai pengarang Sejarah Melayu@Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612. Nama beliau ialah Tun Muhammad, bondanya Tun Genggang dan ayahandanya Tun Ahmad” katanya Mohd Fariz Johari, Ketua Eksplorasi Galeri Sejarah Johor, berkata usaha memugar dan memajukan Kota Seluyut wajar dilakukan kerana kawasan ini mempunyai nilai sejarah berkaitan Kesultanan Johor Lama yang bernilai tinggi. “Tinggalan sejarah, keadaan geografi, floura dan fauna adalah nilai-nilai semulajadi yang terdapat di sekitar kota ini mesti dipelihara dan di pulihara secara berterusan dan bertanggungjawab” “Saya dan team sedia ambil tanggungjawab memelihara kawasan bersejarah ini. Kami mengharapkan sokongan daripada Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan pemimpin setempat. Kami juga akan menjalankan kerjasama strategik dengan Tourism Information Centre (TIC), Pengurusan Kota Vista dan Persatuan Sejarah untuk tugas-tugas yang mulia ini” katanya. Buat julung kali, Galeri Sejarah Johor, Kota Vista dan Persatuan Sejarah Kota Tinggi mengajurkan Program Gotong Royong Kota Seluyut Isnin lalu. Program itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Yang Berhormat Norliza Noh, PEMADAM Kota Tinggi dan JPKK Kampung Seluyut. Krew Media Digital Johor (MDJ) turut sama menyaksikan keunikan sejarah Kota Seluyut dan bersama-sama mendaki Bukit Seluyut hingga ke puncak. Credits: Music: Crash by Soundridemusic Link to Video:    • Tense & Dark Cello No Copyright Cinematic ...  

Zahiril Adzim, Juvana! Pernah Nak Kena Rodok Dengan Pahat! - Sembang Seram
▶︎

Zahiril Adzim, Juvana! Pernah Nak Kena Rodok Dengan Pahat! - Sembang Seram

Strategi Menang Gugatan Triliunan‼️Jusuf Hamka: "Gak Perlu Pengacara Mahal, Yang Penting Ada Data"‼️
▶︎

Strategi Menang Gugatan Triliunan‼️Jusuf Hamka: "Gak Perlu Pengacara Mahal, Yang Penting Ada Data"‼️

IF YOU DON'T WANT CORRUPTION, LET'S RESET ALL OF INDONESIA‼️ REPLACE ALL OFFICIALS WITH NEW PEOPLE‼️
▶︎

IF YOU DON'T WANT CORRUPTION, LET'S RESET ALL OF INDONESIA‼️ REPLACE ALL OFFICIALS WITH NEW PEOPLE‼️

Jalan Karak Lama, Volkswagen Kuning Misteri wujud atau tidak?
▶︎

Jalan Karak Lama, Volkswagen Kuning Misteri wujud atau tidak?

ADAKAH ITU BUNIAN?? | TERDENGAR ALUNAN MERDU “SESEORANG“ SEDANG MENGAJI KETIKA HUJAN MULA BERHENTI…
▶︎

ADAKAH ITU BUNIAN?? | TERDENGAR ALUNAN MERDU “SESEORANG“ SEDANG MENGAJI KETIKA HUJAN MULA BERHENTI…

AMAT TERKEJUT ADA LOBANG RAHSIA DI BELAKANG KUBUR MAHARAJA CINA | Apa Yang di Keluarkan sebenarnya..
▶︎

AMAT TERKEJUT ADA LOBANG RAHSIA DI BELAKANG KUBUR MAHARAJA CINA | Apa Yang di Keluarkan sebenarnya..

Ada Ular Menjaga Istana Raja Siak Di Sungai?
▶︎

Ada Ular Menjaga Istana Raja Siak Di Sungai?

Betul Ke Megat Panji Alam Dikebumikan Di Sini?
▶︎

Betul Ke Megat Panji Alam Dikebumikan Di Sini?

𝗣𝗨𝗔𝗞𝗔 𝗘𝗣244: Diberi Paku Pontianak | @mr.ademofficial
▶︎

𝗣𝗨𝗔𝗞𝗔 𝗘𝗣244: Diberi Paku Pontianak | @mr.ademofficial

PENEMUAN " BENTENG RAHSIA MAWAI : Peninggalan Perang Dunia Kedua yang PENTING DI HUTAN BELANTARA
▶︎

PENEMUAN " BENTENG RAHSIA MAWAI : Peninggalan Perang Dunia Kedua yang PENTING DI HUTAN BELANTARA

Podcast Apa-Apa Saja: Teroka untuk sejarah, makhluk ghaib datang menyapa - Mr Adem (Part 1)
▶︎

Podcast Apa-Apa Saja: Teroka untuk sejarah, makhluk ghaib datang menyapa - Mr Adem (Part 1)

TIDAK DI SANGKA Dalam Sungai Yang Tenang RUPA - RUPANYA TERSEMBUNYI RAHSIA YANG luar BIASA
▶︎

TIDAK DI SANGKA Dalam Sungai Yang Tenang RUPA - RUPANYA TERSEMBUNYI RAHSIA YANG luar BIASA

🔴 Rahsia Panglima & Harimau Penjaga Kesultanan Johor Lama | Johor
▶︎

🔴 Rahsia Panglima & Harimau Penjaga Kesultanan Johor Lama | Johor

PODCAST SOAL JAWAB GANGGUAN JIN
▶︎

PODCAST SOAL JAWAB GANGGUAN JIN

Misteri Tersembunyi Di Terowong Kereta Api Lama | Menyeramkan!!
▶︎

Misteri Tersembunyi Di Terowong Kereta Api Lama | Menyeramkan!!

Ust. Faridzuan Jamaludin : SUSUK - Jalan pintas, akibatnya MERANA! | AIDIDITMYWAY EP84
▶︎

Ust. Faridzuan Jamaludin : SUSUK - Jalan pintas, akibatnya MERANA! | AIDIDITMYWAY EP84

SOLO AMBUSH (PART 2) REDAH GUNUNG JERAI, TEMPAT BUNIAN SOROK PENDAKI HILANG | SERAM PEOPLE
▶︎

SOLO AMBUSH (PART 2) REDAH GUNUNG JERAI, TEMPAT BUNIAN SOROK PENDAKI HILANG | SERAM PEOPLE

🔥🔥DALANG TAMAK KUASA DI KOTA SELUYUT | KISAH TEPOK & DENGKES🔥🔥
▶︎

🔥🔥DALANG TAMAK KUASA DI KOTA SELUYUT | KISAH TEPOK & DENGKES🔥🔥

KARI DAGING SPECIAL SINGAPORE | KEMBANG AIH TEKAK!
▶︎

KARI DAGING SPECIAL SINGAPORE | KEMBANG AIH TEKAK!

Silat Hang Tuah | Hapus persepsi buruk terhadap silat | Jenis GAYONG  ft Panglima Aduka
▶︎

Silat Hang Tuah | Hapus persepsi buruk terhadap silat | Jenis GAYONG ft Panglima Aduka