RTB Berita Perdana, 22 Jun 2026 | MISI IAEA RISS
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGANJURKAN MISI NASIHAT IAEA BAGI MEMPERKUKUH KESELAMATAN RADIASI DAN SEKURITI NUKLEAR Berakas, 22 Jun 2026 – Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) pada hari ini telah menjadi tuan rumah kepada majlis pembukaan Misi Nasihat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai Infrastruktur Kawal Selia bagi Keselamatan Radiasi dan Sekuriti Nuklear (RISS), yang menandakan satu pencapaian penting dalam usaha berterusan Negara Brunei Darussalam memperkukuh rangka kerja kawal selia kebangsaan bagi keselamatan radiasi dan sekuriti nuklear. Majlis pembukaan tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, serta ahli-ahli IAEA RISS. Misi selama 5 hari ini, yang berlangsung dari 22 hingga 26 Jun 2026, menghimpunkan pakar antarabangsa daripada IAEA serta pihak berkepentingan negara bagi menilai dan memberikan infrastruktur kawal selia Negara Brunei Darussalam dalam aspek keselamatan radiasi dan sekuriti bahan radioaktif. Misi RISS ini berfungsi sebagai satu latihan penanda aras dan nasihat yang dilaksanakan berdasarkan piawaian dan panduan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk piawaian keselamatan IAEA serta Tatakelakuan mengenai Keselamatan dan Sekuriti Sumber Radioaktif. Penemuan daripada misi ini akan menyokong Negara Brunei Darussalam dalam usaha memperkukuhkan serta menyelaraskan rangka kerja kawal selianya dengan amalan terbaik antarabangsa, di samping mengenal pasti peluang bagi penambahbaikan berterusan. Sepanjang misi ini, pasukan RISS IAEA mengendalikan seminar berkaitan keselamatan radiasi dan sekuriti bahan radioaktif, mengadakan perbincangan teknikal bersama agensi-agensi kebangsaan yang berkaitan, serta melaksanakan lawatan tapak ke fasiliti yang terlibat dalam keselamatan radiasi dan perkhidmatan teknikal berkaitan. Misi ini akan diakhiri dengan pembentangan laporan awal yang menggariskan pemerhatian utama, syor serta pelan tindakan yang dicadangkan. Misi ini mencerminkan kemajuan berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuh keupayaan kebangsaan dalam bidang keselamatan radiasi dan sekuriti nuklear. Pada Oktober 2024, Negara Brunei Darussalam telah menyatakan komitmen politiknya secara rasmi kepada Tatakelakuan IAEA mengenai Keselamatan dan Sekuriti Sumber Radioaktif serta dokumen panduan tambahannya. Berdasarkan komitment tersebut, Negara Brunei Darussalam telah mentauliahkan Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar Amaran Awal yang pertama serta melancarkan Makmal Perkhidmatan Dosimetri Radiasi pada April 2025. Inisiatif-inisiatif ini telah memperkukuh keupayaan kebangsaan dalam pemantauan radiasi alam sekitar, perlindungan radiasi pekerjaan, serta kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan radiologi. Kemajuan ini terus diperkukuh melalui pelaksanaan sistem pemantauan udara dan air khusus, di samping penubuhan Makmal Pensampelan dan Analisis Radiasi yang mula beroperasi pada Februari 2026 dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei. Terkini, Negara Brunei Darussalam turut menyertai Asian Nuclear Safety Network (ANSN), sekaligus memperkukuh kerjasama serantau melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran teknikal dan pengalaman kawal selia. Sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memperkukuh rejim keselamatan nuklear kebangsaan, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan mengenai Perkara Radiasi dan Nuklear (JKRN) telah ditubuhkan pada tahun 2024 di bawah Jawatankuasa Kebangsaan Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Bahan Letupan (CBRNe). Jawatankuasa ini berfungsi sebagai platform antara agensi bagi menyelaras perkara-perkara berkaitan keselamatan radiasi dan sekuriti nuklear di peringkat kebangsaan. Yang Mulia Haji Muhsin bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif SHENA, menekankan bahawa misi RISS ini merupakan satu peluang berharga bagi Negara Brunei Darussalam untuk membuat perbandingan penanda aras terhadap susunan kawal selianya berdasarkan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan lanjut. Beliau menambah, “Seiring dengan perkembangan penggunaan teknologi nuklear dan radiasi dalam sektor kesihatan, pertanian, industri dan penyelidikan, adalah penting agar kemajuan ini disokong oleh rangka kerja kawal selia yang kukuh, selamat, terjamin dan mampan.” SHENA turut merakamkan penghargaan kepada IAEA dan pasukan RISS atas sokongan, kepakaran dan kerjasama yang berterusan. SHENA menantikan penemuan serta cadangan daripada misi ini yang akan menyumbang kepada penambahbaikan berterusan rangka kerja keselamatan radiasi dan sekuriti nuklear Negara Brunei Darussalam. 🖥 www.shena.gov.bn 📞 238 2000 Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) komited dalam membuat perubahan dan memastikan Negara Brunei Darussalam adalah tempat yang selamat untuk bekerja dan didiami. #SHENAbn #IAEA #RISS

RTB Berita Perdana, 28 April 2026: Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2026

Highlight SRI AMANfm, Edisi 22 Mei 2026.

RTB Berita Perdana, 19 Jun 2026 | SHENA KELUARKAN TIGA DENDA KOMPAUN

Inside Malaysia’s Controversial Anti-Corruption Commission | Bloomberg Investigates

Worst Plane Landing Fails Caught on Camera

Highlight SRI AMANfm, Edisi 19 Jun 2026.

RTB Berita Perdana, 3 Julai 2026 | CSR PEMBERSIHAN KAMPONG AYER

I Got EXPOSED… Anatoly Gym Prank GONE WRONG... | Pretended to be a Cleaner #54

Iran Enters Day Two Of Mourning, Funeral Ceremonies For Former Supreme Leader Ali Khamenei

China Versus the US: Kishore Mahbubani on a Zero-Sum Rivalry | The Mishal Husain Show

Can Trump win a trade war with China? - The Global Story podcast, BBC World Service

The Afghan-Pakistan War Restarts: How Does This End?

She’s 12. She Sings Aretha Franklin… Until Simon TELLS Her to Do It Acapella! 😳

See How a 453kg Giant Bluefin Tuna Is Flawlessly Carved in Seconds

SHENA WDSHW 2026 WEBINAR 2 – LEARNING FROM 2025 WSH NOTICES:PREVENTING RECURRING WORKPLACE INCIDENTS

NERVOUS 12-Year-Old Who Can Sing Without Opening Her Mouth Earns Mel B's GOLDEN BUZZER!

Why the world's superpowers are racing to control the Arctic - BBC World Service

Most Incredible Cruise Ship Videos Ever Captured

WHO IS STRONGER? Anatoly VS Bodybuilder | Pretended to be a CLEANER

