RTB Berita Perdana, 19 Jun 2026 | SHENA KELUARKAN TIGA DENDA KOMPAUN
SHENA KELUARKAN TIGA DENDA KOMPAUN BAGI KESALAHAN BERKAITAN PERTOLONGAN CEMAS DI TEMPAT KERJA SHENA telah mengeluarkan tiga (3) denda kompaun berjumlah BND500.00 setiap satu berikutan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa tapak kerja pembinaan di Lebuhraya Tungku, Bandar Seri Begawan; Kampong Kiulap, Bandar Seri Begawan; dan Kampong Bukit Panggal, Mukim Keriam, Tutong. Tindakan penguatkuasaan tersebut adalah berkaitan dengan kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Pertolongan Cemas), termasuk kegagalan menyediakan Pemberi Pertolongan Cemas dan Peti Pertolongan Cemas yang mencukupi di tempat kerja. Susulan daripada pemeriksaan tersebut, pihak yang bertanggungjawab ke atas premis-premis berkenaan telah mengambil langkah-langkah pembetulan yang diperlukan bagi menangani ketidakpatuhan yang dikenal pasti. SHENA menegaskan bahawa pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, Bab 277 serta peraturan-peraturan subsidiarinya adalah diwajibkan pada setiap masa. SHENA akan terus menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang bagi melindungi pekerja, orang awam dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan, kesihatan dan alam sekitar, sila layari laman sesawang SHENA atau ikuti saluran media sosial rasmi SHENA. π₯ www.shena.gov.bn π 238 2000 Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) komited dalam membuat perubahan dan memastikan Negara Brunei Darussalam adalah tempat yang selamat untuk bekerja dan didiami #SHENAbn #BruneiDarussalam #KerjaSelamat #TempatKerjaSelamat #PenguatkuasaanSHENA #KeselamatanDanKesihatanPekerjaan #WSHBrunei #SafetyFirst

RTB Berita Perdana, 22 Jun 2026 | MISI IAEA RISS

Highlight SRI AMANfm, Edisi 19 Jun 2026.

SHENA SAFETY FORUM 2026: PANEL SESSION 3

RTB Berita Perdana, 13 Mac 2026: SHENA keluarkan denda kompaun di beberapa premis

PROGRAM JUALAN MADANI RAYA SEMPENA AIDILFITRI 1447H, BUKIT MERTAJAM PENANG |15 MAC 2026

SHENA SAFETY FORUM 2026: PANEL SESSION 1

Worst Plane Landing Fails Caught on Camera

'No, No, No!" Margaret Thatcher's Most Iconic Speech

RTB Berita Perdana, 20 Mei 2026: Forum Keselamatan 2026 & Majlis Menandatangani MoU

RTB Berita Perdana, 3 Julai 2026 | CSR PEMBERSIHAN KAMPONG AYER

NERVOUS 12-Year-Old Who Can Sing Without Opening Her Mouth Earns Mel B's GOLDEN BUZZER!

Everyone Ignored Him⦠Until He Played | GUITAR PRO pretended TO BE HOMELESS

Afghanistan: why the Taliban can't be defeated

ππππππππππππ πππππ πππππππ ππππ πππππππ πππ πππππππ πππππ ππ ππππππππ ππππ

Even kids will love eggplants with this delicious recipe! Easy and cheap eggplant recipe!

When Animals Think No Oneβs Watching π Backyard Edition

RTB Berita Perdana, 21 April 2026: SHENA keluarkan denda kompaun di Jalan Lasuk, Kg. Lugu

Highlight SRI AMANfm, Edisi 22 Mei 2026.

Pro vs Amateur vs Epic Hill Climb

