KES GAJAH DI JEPUN, JANGAN MAIN WAYANG!

Sebanyak tiga ekor gajah dari Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) kini berada berada di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun ekoran satu perjanjian yang telah dimeterai pada 2022. Berdasarkan perjanjian itu, ketiga-tiganya perlu berada kira-kira 25 tahun di zoo berkenaan. Baru-baru ini satu gerakan dan bantahan besar-besaran telah dilancarkan oleh pecinta haiwan di negara ini yang mahukan kerajaan segera membawa pulang ketiga-tiga khazanah negara itu ke habitat asal mereka. Ikuti luahan Pengerusi Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara (SBKN), Datuk Kalai Vanar berkenaan isu tersebut di podcast Xklusif Bersama Syahril dalam saluran You Tube Tanah Berdaulat TV pukul 9 malam ini! #SolidaritiBersamaDAK #DaraAmoiKelat #DAK #FreeDAK