KES KEGANASAN RUMAH TANGGA MEMBIMBANGKAN!

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes melibatkan seorang suami, Rosmaini Abdul Raof yang didakwa memukul isterinya sehingga parah. Bekas suami kepada sembilan wanita itu juga sebelum ini pernah ditangkap kerana memukul seorang lagi isterinya sehingga koma. Jangan lupa ikuti temubual bersama Ketua Penolong Pengarah Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan yang akan mengulas mengenai isu yang melingkari kes keganasan rumah tangga di dalam podcast Xklusif Bersama Syahril di Youtube Tanah Berdaulat TV pukul 9 malam ini. Jangan lupa temujanji kita!