Pergaduhan Kumpulan Dayak vs Bugis Di Balikpapan, Kalimantan

Admin tidak mahu menggelarkan kejadian atau pergaduhan di antara dua kaum di Balikpapan, Kalimantan sekarang sebagai perang suku kerana ia dilakukan oleh orang perseorangan. Dikatakan yang menyebabkan tercetusnya pergaduhan besar besaran hingga terjadi pembakaran rumah. Adalah gara-gara anak seorang ketua adat Dayak ditikam oleh seorang lelaki yang kebetulan berbangsa Bugis. Lalu pada tanggal 16 Oktober bertempat di pelabuhan penyebrangan penajam Balikpapan. sekumpulan masyarakat Dayak yang berjumlah 100 orang, lengkap dengan senjata tajam telah datang lalu membakar beberapa buah rumah. Kerana peristiwa pembakaran itu pihak yang berwajib telah mengarahkan penduduk setempat agar segera berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Apa lagi kumpulan Dayak berkenaan telah memberikan amaran agar segera berpindah sebelum lewat petang bagi mengelakkan pertumpahan darah. Suka admin ini mengingatkan balik pesanan orang tua-tua. Malah seruan ini juga disuarakan oleh seorang pengomen di satu channel YouTube yang membahasakan dirinya sebagai individu yang berbangsa Bugis. Agar sebagai pendatang sewajarnya lah menjaga tingkah laku di tempat orang jangan sampai kerana kedegilan kenakalan menyebabkan ramai masyarakat yang sebangsa dengannya turut terbabit lalu menimbulkan persepsi jelek terhadap bangsa mereka. Sama-samalah kita beringat bahawa anggap saja diri kita sebagai individu yang mewakili bangsa yang dianuti, oleh itu sentiasalah menjaga tingkah laku di mana pun kita berada, apa lagi ketika berada di tempat orang. Hormati hak orang, letakkan hak pada tempatnya dengan demikian orang lain akan menghormati anda. Walaupun pada hakikatnyanya kita adalah masyarakat pendatang.