Raudhatul Sakinah...Kubur Dalam Taman dan Sistem e-Pusara..

Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek rintis kerana dua (2) tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik.