Tahniah kepada Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Wilayah Persekutuan 1448H/2026M

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Wilayah Persekutuan 1448H/2026M Berikut merupakan senarai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M: A. Tokoh Utama Dato’ Sri Meer Sadik bin Habib Mohamed Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Habib Jewels, salah satu empayar barang kemas terkemuka di Malaysia. Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem Ar-Rahnu di Malaysia serta membantu memperkenalkan model pajak gadai Islam yang lebih mesra pelanggan dan berteraskan prinsip Syariah. Pelbagai inisiatif kebajikan digerakkan melalui Yayasan Habib antaranya menyediakan kenderaan serta rumah transit untuk pesakit dan keluarga yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan pembayar zakat individu tertinggi di Wilayah Persekutuan selama lima tahun berturut-turut, dari tahun 2021 hingga 2025. B. Anugerah Khas Kategori Ilmuwan Profesor Dr. Azizi bin Ayob Beliau ialah seorang pakar farmakologi, ahli akademik perubatan, dan usahawan inovasi kesihatan terkemuka di Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor, Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Hasil ketekunan beliau dalam bidang penyelidikan telah berjaya menghasilkan inovasi BioProtein Powder, iaitu teknologi berasaskan sel stem yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka kronik, khususnya dalam kalangan pesakit diabetes. C. Anugerah Khas Kategori Pendakwah Dato’ Dr. Haji Abdul Razak bin Haji Kechik Beliau ialah seorang tokoh kesihatan awam, akademik, dan aktivis kemasyarakatan yang terkenal di Malaysia. Beliau menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Pendakwah Negara, Tokoh Pendakwah Gabungan Dakwah Malaysia dan Tokoh Pendakwah PERKIM. Beliau telah menggerakkan usaha dakwah merentasi sempadan negara, sejak bertahun lamanya yang telah membuka jalan hidayah kepada ratusan ribu insan, di samping pembangunan puluhan pusat Islam dan masjid. Sehingga kini, beliau meneruskan misi dakwah, kebajikan dan kemanusiaan melalui Briged Bakti Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Al-Khalifah Foundation dengan menyantuni masyarakat pedalaman, saudara baharu, anak yatim serta golongan terpinggir. D. Anugerah Khas Kategori Usahawan Dr. Ishak bin Mas’ud Beliau adalah Pakar Perubatan dan Gastroenterologi yang berpengalaman di Hospital Pakar Al-Islam dan juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Malaysian Relief Agency (MRA). Di samping memimpin institusi kesihatan, beliau turut menggerakkan pelbagai pertubuhan perubatan Islam, misi kemanusiaan serta jaringan hospital Islam di peringkat antarabangsa. Beliau turut memperkenalkan konsep Hospital Mesra Ibadah sehingga akhirnya diiktiraf dan diterima sebagai sebahagian daripada pendekatan rasmi perkhidmatan kesihatan negara. E. Anugerah Khas Kategori Inspirasi Dr. Malik bin Yatam Beliau merupakan individu pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika sedang menjalani hukuman di dalam penjara. Beliau telah menjalani hukuman penjara selama 24 tahun apabila dijatuhi hukuman penjara sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) pada tahun 2001 ketika berusia 14 tahun. Memeluk Islam pada usia 17 tahun pada tahun 2003 dan beliau berjaya memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah, semuanya ketika menjalani hukuman penjara. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #MaalHijrah1448H

DATO KAMAL ANALISA TSUNAMI KEMENANGAN BN DI PRN16 JOHOR!
▶︎

DATO KAMAL ANALISA TSUNAMI KEMENANGAN BN DI PRN16 JOHOR!

Kenapa KItab Agama Dikarang? l Ustaz Ibnu Rijal
▶︎

Kenapa KItab Agama Dikarang? l Ustaz Ibnu Rijal

Dengar apa kata Tan Sri Shahril Samad Pasal Anwar di PRN Johor
▶︎

Dengar apa kata Tan Sri Shahril Samad Pasal Anwar di PRN Johor

🔴[SIARAN LANGSUNG] BUAL BICARA STUDIO MAIS | PENGURUSAN PUSAKA: TAHU PROSES, ELAK KONFLIK
▶︎

🔴[SIARAN LANGSUNG] BUAL BICARA STUDIO MAIS | PENGURUSAN PUSAKA: TAHU PROSES, ELAK KONFLIK

“You’ll Never Be Like Us.” Until 500KG Happened 🔥
▶︎

“You’ll Never Be Like Us.” Until 500KG Happened 🔥

Studio Sembang - Sembang Sekejap ft. Khairy Jamaluddin
▶︎

Studio Sembang - Sembang Sekejap ft. Khairy Jamaluddin

Seminar Pembentangan Bisnes Eagle Warriors Academy 6 Julai 2026
▶︎

Seminar Pembentangan Bisnes Eagle Warriors Academy 6 Julai 2026

Only Pakistani Mechanics Can Repair This Giant Caterpillar Loader Tire
▶︎

Only Pakistani Mechanics Can Repair This Giant Caterpillar Loader Tire

How Astro Destroyed Itself And Lost Millions of Viewers
▶︎

How Astro Destroyed Itself And Lost Millions of Viewers

Harini PRN Johor, Siapakah Yang Menang? Cuba Lihat Sikap Mereka Bila Berkempen | Dato' Ustaz Kazim
▶︎

Harini PRN Johor, Siapakah Yang Menang? Cuba Lihat Sikap Mereka Bila Berkempen | Dato' Ustaz Kazim

ZRASTRIM : Mengenali Tun Mahathir Dari Lensa Mata Wartawan
▶︎

ZRASTRIM : Mengenali Tun Mahathir Dari Lensa Mata Wartawan

I Wore Baju Melayu to a Korean Wedding 🇲🇾🇰🇷
▶︎

I Wore Baju Melayu to a Korean Wedding 🇲🇾🇰🇷

Once Upon a Time in the West Best Scenes 🌀 4K
▶︎

Once Upon a Time in the West Best Scenes 🌀 4K

This Muslim family left London to live in A Muslim Island Lombok Indonesia 🇮🇩
▶︎

This Muslim family left London to live in A Muslim Island Lombok Indonesia 🇮🇩

Anwar KENA BOO Dekat Jengka?
▶︎

Anwar KENA BOO Dekat Jengka?

Filem Malaysia: Antara Seni, Duit Dan Kuasa | Kekal Tenang EP 121
▶︎

Filem Malaysia: Antara Seni, Duit Dan Kuasa | Kekal Tenang EP 121

I Repaired the Broken Swing Gear which no Mechanic Repairs |Give your Opinion by Watching the Video
▶︎

I Repaired the Broken Swing Gear which no Mechanic Repairs |Give your Opinion by Watching the Video

UNREAL! Uzbekistan TONS Pilaf for UNLIMITED Customers Every Day! So Much Pilaf in one day 😱🍚
▶︎

UNREAL! Uzbekistan TONS Pilaf for UNLIMITED Customers Every Day! So Much Pilaf in one day 😱🍚

Bagaimana Myanmar Musnah Dalam Beberapa Tahun?
▶︎

Bagaimana Myanmar Musnah Dalam Beberapa Tahun?

Life in BRUNEI 2026: The RICHEST Country in Southeast Asia With NO Income Tax | Travel Documentary
▶︎

Life in BRUNEI 2026: The RICHEST Country in Southeast Asia With NO Income Tax | Travel Documentary