NOVA - SATRIA KORIDOR (LUKISAN ANIMASI 2D) - DSTA 2026 (SMK TATAU)

Sinopsis: Satria Koridor Arif, seorang pelajar yang tekun dan bertanggungjawab, berusaha membongkar identiti pemilik akaun misteri yang menyebarkan fitnah serta rahsia pelajar di sekolahnya. Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menimbulkan ketakutan dan perpecahan dalam kalangan warga sekolah. Melalui kemahiran teknologi yang dimilikinya, Arif berjaya menjejaki dalang di sebalik akaun tersebut dan mendapati pelakunya ialah Haikal, seorang pelajar cemerlang yang menyembunyikan tekanan serta ketakutan untuk kehilangan kedudukannya. Ketika berdepan dengan Haikal, Arif memilih untuk tidak membalas dengan kemarahan, sebaliknya memberikan nasihat dan peluang untuk berubah. Tersentuh dengan keikhlasan Arif, Haikal mengakui kesalahannya dan memadamkan akaun tersebut. Keadaan sekolah kembali harmoni, manakala Arif menyedari bahawa seorang adiwira sebenar bukanlah individu yang menewaskan musuhnya, tetapi insan yang mampu membimbing orang lain kembali ke jalan yang betul. Kisah ini mengetengahkan nilai integriti, empati, tanggungjawab digital dan keberanian moral dalam menghadapi cabaran dunia siber. Kategori Pertandingan: Lukisan 2D Animasi Sekolah Menengah Nama kumpulan: NOVA Ciri Murid RPM: Beradab – mempunyai empati, integriti dan menghormati orang lain. Berkemahiran – menguasai kemahiran digital untuk menyelesaikan masalah secara beretika. Berdaya Tahan – tabah menghadapi tekanan serta berani berubah menjadi lebih baik.