SAYA DIPUKUL, DIPANGGIL BINATANG! - BAKRI ZININ

DALAM dunia kepolisan, nama Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin bukanlah satu yang asing. Mantan Timbalan Ketua Polis Negara ini suatu ketika dulu cukup terkenal terutama era reformasi kerana beliau Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu. Beliau yang juga bekas Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman paling lama juga dikenali kerana banyak mengetuai siasatan kes menggemparkan negara seperti pembunuhan ahli perniagaan kosmetik Sosilawati Lawiya dan pencerobohan tentera militan Sulu di Lahad Datu. Lama kita tidak mendengar berita anak jati Sabah ini, rupanya beliau sedang berjuang melawan penyakit Parkinson yang dideritainya sejak sekian lama. Sempena Hari Polis ke 219, ikuti temubual dengan Mohd. Bakri di podcast Xklusif Bersama Syahril dalam saluran Youtube Tanah Berdaulat TV pukul 9 malam ini!