PIBG @ Hari Guru SKS6KD 2025

Terima Kasih, Cikgu! 🌸 Pada 16 Mei yang lalu, sempena sambutan Hari Guru, kami barisan AJK Ibu Bapa dari PIBG berpeluang bersama-sama memeriahkan acara istimewa ini di Sk Seksyen 6 Kota Damansara. Sebagai tanda penghargaan, kami turut menyampaikan sedikit cenderahati buat para guru yang telah banyak berkorban dan mencurahkan ilmu dengan penuh dedikasi. "Kamu yang bawa ku terbang, kamulah jua yang membawa cinta ke jalannya..." Selamat Hari Guru!