[MOTIVASI]-Siri 2- Mintalah apa saja dengan Allah dan bersungguh-sungguhlah ketika berdoa [HADITH]

https://darulkautsar.wordpress.com/ [VIDEO TEMATIK HADITH - MOTIVASI] Siri 2 - Mintalah apa saja dengan Allah dan bersungguh-sungguhlah ketika berdoa Maulana Muhd Asri Yusoff Video penuh asal -    • Sesi 1 - Galakan Supaya Mengingati Allah &...   &    • Sesi 2 -Bersungguh Ketika Berdoa & Jangan ...   - [Sahih Muslim (Kitab Zikir, Doa, Taubat & Istighfar) ] [ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH - https://syarahanhadits.school.blog/ha... ] MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH - MINTALAH APA SAJA DENGAN ALLAH & BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH KETIKA BERDOA باب الْعَزْمِ بِالدُّعَاءِ وَلاَ يَقُلْ إِنْ شِئْتَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلْيَعْزِمْ فِي الدُّعَاءِ وَلاَ يَقُلِ اللَّهُمَّ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِي فَإِنَّ اللَّهَ لاَ مُسْتَكْرِهَ لَهُ ‏"‏ ‏حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ، حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، - يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ - عَنِ الْعَلاَءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلاَ يَقُلِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ وَلَكِنْ لِيَعْزِمِ الْمَسْأَلَةَ وَلْيُعَظِّمِ الرَّغْبَةَ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَتَعَاظَمُهُ شَىْءٌ أَعْطَاهُ ‏"‏ ‏ حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ، حَدَّثَنَا الْحَارِثُ، - وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ - عَنْ عَطَاءِ بْنِ مِينَاءَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ لاَ يَقُولَنَّ أَحَدُكُمُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ ‏.‏ لِيَعْزِمْ فِي الدُّعَاءِ فَإِنَّ اللَّهَ صَانِعٌ مَا شَاءَ لاَ مُكْرِهَ لَهُ ‏"‏‏ ‏ Mintalah apa saja dengan Allah dan bersungguh-sungguhlah ketika berdoa Hadith Rujukan Pertama - Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang daripada kamu berdoa, maka hendaklah dia bersungguh-sungguh ketika berdoa itu. Janganlah dia berkata, "Ya Allah! Jika Engkau kehendaki, maka berikanlah kepadaku", kerana Allah tidak ada sesiapapun yang (dapat) memaksa-Nya. Hadith Rujukan Kedua - Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang daripada kamu berdoa, janganlah dia berkata, "Ya Allah! Ampunilah daku jika Engkau mahu", tetapi dia hendaklah bersungguh-sungguh meminta dan menampakkan keinginannya yang amat sangat kerana tidak ada sesuatu (yang diberi-Nya itu) yang besar kepada Allah. Hadith Rujukan Ketiga - Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah, katanya Nabi s.a.w. bersabda: Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu berkata, "Ya Allah! Ampunilah daku jika Kau kehendaki. Ya Allah! Kasihanilah daku jika Engkau kehendaki". Dia hendaklah bersungguh-sungguh dalam doanya kerana Allah memang melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Tidak ada sesiapapun dapat memaksa-Nya. [RINGKASAN] Mintalah apa saja dengan Allah dan bersungguh-sungguhlah ketika berdoa 1. Allah amat suka kita berdoa dan menaruh harapan kepada-Nya. Oleh itu sentiasalah berdoa kepada-Nya, mintalah apa saja kepada-Nya dan yakin bahawa Dia akan mengabulkan doa kita. Allah Maha Berkuasa. 2. Hadith-hadith ini menetapkan salah satu kaedah atau adab berdoa kepada Allah iaitu jangan menggantungkan doa kita dengan ucapan "insya Allah" (jika Allah menghendaki). Ini berbeza jika kita berinteraksi dengan manusia, di mana kita diperintahkan supaya menggantungkan dengan keizinan dan kehendak Allah. Ini sebagaimana dinyatakan di dalam Surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24, maksudnya: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". 3. Bila kita berdoa kepada Allah kita dilarang menggantungkan dengan ungkapan "insya Allah" kerana ianya menggambarkan seolah-olah Allah itu lemah dan terhad kekuasaan-Nya. Sebaliknya jika kita meminta kepada manusia, mereka mungkin berasa berat untuk menunaikan hajat kita kerana manusia itu lemah dan mereka mungkin berasa dipaksa. Kita tidak boleh bayangkan Allah itu dipaksa atau terpaksa melakukan sesuatu dan hakikatnya tiada halangan bagi Allah untuk menunaikan hajat kita. Adalah aqidah kita bahawa Allah Maha Perkasa (Aziz), Maha Berkuasa (Qadir), Maha Keras dan Kuat (Jabbar), Yang Memaksakan (Qahhar); tidak ada keadaan tertekan atau terpaksa kepada Allah.. 4. Oleh itu kita boleh meminta apa saja dan sekerap mana pun kepada Allah. Mintalah dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh harapan kepada Allah dan jangan menyertakan permintaan itu dengan ucapan "Insya Allah" (jika Engkau kehendaki)...(Bersambung) (SAMBUNGAN NOTA DI RUANGAN KOMEN)