Syurga Yang Tersembunyi Di Taman Negara Johor Endau Rompin Peta

Video Air Terjun Buaya Sangkut :    • Air Terjun Buaya Sangkut yang MAJESTIC hab...   Cross sungai masa air sungai deras :    • Seram Nak Cross Sungai Bila Air Tengah Nai...   ----------------------------------------------------------------------- " Kita masuk sini sekali je. Lepastu takpayah repeat dah. " Jujurnya niat kami pergi ke sini adalah, datang je sekali kemudian takyah repeat dah. Sebab dua perkara yang kami dengari adalah harga nak masuk ke sana sangat yahudi sesangat. Almaklum kami ni golongan marhaen, nak datang ke sini memang kena pecah tabung. Kedua adalah pacat yang teramat mengganas sampai habis keliling kasut penuh dengan tenteranya. Namun bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Rupanya bila dah jejak ke sana, kami semua seakan tergamam dengan syurga dunia yang ada di sana. Ternyata jangkaan kami amat meleset sama sekali. Sebab dengan bantuan operator Adlil Ikram Sharuddin dan Bent Rainforest , ternyata untuk sampai ke sini amatlah mampu milik. Dengan campsite beratap di pinggiran kampung dengan toilet (boleh flush) yang memang sungguh selesa, serta hospitaliti masyarakat lokaliti kaum Jakun, kami nyata selesa menetap di sini untuk 2 hari 1 malam. Dan tentera pacat ni walaupun ganas, masih lagi boleh dikawal dengan bantuan spray pacat, cairan tembakau dan juga bantuan kawan yang suka gentel pacat dan jentik jauh-jauh. Dan pengalaman naik bot panjang selama sejam setengah menyusuri Sungai Endau ternyata memberi kedamaian dalam diri. Ralit tengok batang pokok tinggi melampai bersusun susun di tepi sungai berdiri megah sambil melambai ke arah kami. Ternyata bumi Malaysia ni masih lagi cantik tidak diusik oleh tangan durjana. Dan impian kami semua tercapai tatkala sampai ke Tasik Air Biru yang digempar gemburkan. Airnya jernih, penuh dengan ikan kelah dan pastinya dalam. Video lain tentang Taman Negara Endau Rompin Peta Air Terjun Buaya Sangkut -    • Air Terjun Buaya Sangkut yang MAJESTIC hab...   Seram cross sungai -    • Seram Nak Cross Sungai Bila Air Tengah Nai...   Ini memang yang dicari bagi mereka yang memiliki genetik memerang sungai. Memang tidak puas mandi di sini. Kemudian kami lawati Air Terjun Upeh Gulih yang unik sekali. Batuan berbentuk lesung banyak bertompok tompok berikan satu keindahan unik buat mata kami. Dan rupanya ada banyak sangat perkara lain yang boleh dibuat di sini. Yang menyebabkan kami terus ada list nak buat bila balik semula ke kampung Peta ini. 1. Menjejak gajah liar sambil belajar mengenai habitat gajah. (hanya di bulan Julai) 2. Mendaki Gunung Janin Barat. Di mana pendaki boleh ketemu 4 jenis ekosistem berbeza (jenis hutan berlainan). 3. Padang Temambun, di mana puncaknya tersangatlah rata dan luas ibarat 7 padang bola disusun bersama. Malah di situ ada banyak jenis flora yang unik dan sukar ditemui di kawasan lain. 4. Buaya Sangkut di mana struktur air terjun yang membentuk muka buaya terdiri dari batuan gunung berapi yang berusia jutaan tahun. 5. Belajar tentang ilmu alam dengan kampung orang asli di sini, seperti kenali herba hutan, serta teknik sumpitan dan masakan orang asli. Percayalah cakap Tim, lokaliti kaum Jakun ini pemalu, namun mesra dengan pengunjung. Dan paling best mereka sangat kelakar dan comel belaka. Hospitaliti mereka terbaik dan ilmu di dada mereka sangatlah tinggi. Banyak yang boleh pencinta alam belajar dari mereka. 6. Dan banyak lagi benda yang boleh buat di sini. List ini akan sentiasa bertambah seiring dengan kedatangan ke kawasan ini. Serius, memang tak cukup masa kami datang ke sini. 2 Hari 1 Malam tersangat singkat, namun kami hanya merancang. Selebihnya tuhan menentukan. InsyaAllah Tim sendiri nak ke sini lagi dan lagi dan lagi sampai habis semua benda nak buat dalam tu. Atau mungkin macam balik kampung gitu. Setiap kali perayaan orang di sana, akan balik kampung. Gitu. Tim rekemen sungguh kalian ke sini, ke Taman Negara Endau Rompin Peta Boleh hubungi Adlil di nombor +60 19-747 4549 okeh untuk info ke sini.

Best ke pergi taman negara bersama family? | Kongsi Cerita
▶︎

Best ke pergi taman negara bersama family? | Kongsi Cerita

Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)
▶︎

Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)

Wira Rimba : Kisah renjer-renjer taman di Malaysia / The story of park rangers in Malaysia
▶︎

Wira Rimba : Kisah renjer-renjer taman di Malaysia / The story of park rangers in Malaysia

MITSUBISHI TRITON! MACAM NI BARU LA 4X4!! Kampung Peta, Endau-Rompin.
▶︎

MITSUBISHI TRITON! MACAM NI BARU LA 4X4!! Kampung Peta, Endau-Rompin.

Peru 4K – Discover Ancient Inca Wonders, Machu Picchu & Breathtaking Andean Landscapes
▶︎

Peru 4K – Discover Ancient Inca Wonders, Machu Picchu & Breathtaking Andean Landscapes

Kuala Tahan National Park
▶︎

Kuala Tahan National Park

Into the Misty Scottish Highlands|Celtic Music for Deep Focus & Relaxation
▶︎

Into the Misty Scottish Highlands|Celtic Music for Deep Focus & Relaxation

Argentinien – Ägypten Highlights | Achtelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

Argentinien – Ägypten Highlights | Achtelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio

Wonders of Indonesia | The Most Amazing Places in Indonesia | Travel Video 4K
▶︎

Wonders of Indonesia | The Most Amazing Places in Indonesia | Travel Video 4K

SAID DIDU BEBERKAN SPONSOR GERAKAN TIGA PERIODE JOKOWI
▶︎

SAID DIDU BEBERKAN SPONSOR GERAKAN TIGA PERIODE JOKOWI

Real Life in TIBET: Where Brothers SHARE The Same Wife! Mind-Blowing Facts About Tibet! Documentary
▶︎

Real Life in TIBET: Where Brothers SHARE The Same Wife! Mind-Blowing Facts About Tibet! Documentary

MAJESTIC JOHOR -  Endau Rompin-Selai National Park
▶︎

MAJESTIC JOHOR - Endau Rompin-Selai National Park

KUANTAN HIDDEN GEMS | Tarikan yang WAJIB dikunjungi #Malaysia #Kuantan #Pahang #Nanami
▶︎

KUANTAN HIDDEN GEMS | Tarikan yang WAJIB dikunjungi #Malaysia #Kuantan #Pahang #Nanami

Seronok Camping di Terengganu, Sungai Cantik Air Deru Ecopark | Camping Travelog Terengganu Ep2
▶︎

Seronok Camping di Terengganu, Sungai Cantik Air Deru Ecopark | Camping Travelog Terengganu Ep2

Norway 4K UHD - Scenic Relaxation Film with Calming Music - 4K Video Ultra HD
▶︎

Norway 4K UHD - Scenic Relaxation Film with Calming Music - 4K Video Ultra HD

DMA Islam Sembang Kena Banned Di Tiktok, Dipanggil Polis, Social Media - EP: 53
▶︎

DMA Islam Sembang Kena Banned Di Tiktok, Dipanggil Polis, Social Media - EP: 53

Kampung Terpencil Di Pedalaman Johor - Memiliki Keunikannya Tersendiri (January 2023)
▶︎

Kampung Terpencil Di Pedalaman Johor - Memiliki Keunikannya Tersendiri (January 2023)

Impossible Places | World's Most Inaccessible Places You Won't Believe Exist | 4K Documentary
▶︎

Impossible Places | World's Most Inaccessible Places You Won't Believe Exist | 4K Documentary

Schweiz – Kolumbien Highlights | Achtelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

Schweiz – Kolumbien Highlights | Achtelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio

Breathtaking Scottish Landscapes – Celtic Music for Mindfulness
▶︎

Breathtaking Scottish Landscapes – Celtic Music for Mindfulness