Ngajat Iban (Indu Bantang) Kreasi Baru

Sebuah tarian kreasi (Ciptaan Baharu) dari suku kaum Iban yang menggambarkan keagungan dan kemahiran wanita Iban yang mahir dalam menghasilkan tenunan Pua Kumbu. Ini merupakan salah satu karya terbaik dalam penghasilan sebuah tari ciptaan baharu dan syabas diucapkan kepada pereka tari asal tarian ini iaitu Albert Sigan. Tarian ini dipersembahkan oleh beliau bersama rakan penari yang merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak ❤️